salam hello hai!
adoi..adoi...tiba-tiba je rasa semput kan.sebab minggu ni a few frens ajak lepak..kalau kawan-kawan yang ajak lepak tu kenal antara satu sama lain,sonang lo koje.kumpul semua.pastu pi makan kat gerai mamak(gerai mamak dijadikan pilihan kerana teh tarik masih berharga 1.50,dan kami boleh order 3,4 glass semasa sesi bertemu rerakan) kalau kek bistro mati hahkak okay.air teh tarik standard 4 hengget.klu empat gelas 16 henget.kalau 4 org.oh darab ler sendirik..hahaha
ni antara list kekawan ai yg ajak lepak .(mengikut turutan tarikh ya kawan2):
1- Amy
rakan sekelas time uni.ni ajak saya makan meatball kat ikea,disebabkan meatball menjadi bahan sebutan kami berdua jikalau mencari kedai makan di shah alam..ah lupakan.tiada meatball yg sesedap ikea di Shah Alam...so amy,when will we meet? den dah nak balik kampung dah ni...huhuu
2-Nadiah Najib
ni pun rakan sekelas time uni dolu,,,she also asked me to meet up at area ikea tu jugak kann...so so..haruslah ku ajak nadiah n amy,well..kami pun sekelas kan...kan.kan
3-Tasha Halil
ni my rumate 1st mse study at Shah Alam..Tasha ni tak kenal pun ngn kekawan saya diatas tu..ngeee....dia pun ajak saya lepak..huhu..makin banyak la appoinment den dengan mereka,,wuwuwuw...tasha..i'll make myself free dear,almost 2 year kan xjupe.
4-Ika
ok.ni semalam.mase chating ngan kawan saya ni.Owh rupanya dia ingat saya masih di terengganu,engaklah dong. Diriku masih di sini, di Selangor nan indah. So..when will we meet? mybe,this sunday da balik ke kampung halaman ku,sudah lama tidak menikmati hari-hari indah ituuuuuuu..
5- Nuyu and Tengku
haaa...ni my two frens dri zaman secondary school..pergh nak hebat,ni kekawan zaman sekolah menengah..dah lama nak jumpa. Tapi tak jumpa-jumpa kan..kesian Nuyu,asal blik mesia msti xsempt jumpe ai...hukhuk
6...sape lagiiiiiii..okay cukup sampai lima. Fenat hahkak nak memeras otak..ngn sape lg appointment lunch,dinner, steamboat with my frenssss...mahap dipinta kalau lupa...
XOXO
Wednesday, January 25, 2012
Tuesday, January 24, 2012
sepetang di itaewon..
salam. happy tuesday.. good day eveyone..wah seronok sakan la kan. cuti semendang..wuwuwuw...saya tidakkkkk...sebab tak balik kamponggggg....oh abaikan perasaan itu, kemain mengada, dah tua kan. so tak payah l anak mengada sangat. orang lain lagi lama tak balik kampong. ok fine. muhasabah diri berhasil.
owh ya.. ramai jugak kekawan dan saudara tanya pasal masjid kat korea. Almaklumler dengan AirAsia everyone can fly . Memang murah sangat tiket, berbaloi la kan. oh yer.sebelom melalut. back on track. Memandangkan saya menjadi tourguide tidak rasmi mereka. Jangan risau ya, orang-orang islam tidak akan mempunyai masalah mengenai makanan, masjid pun ada kalau yang rasa nak solat jumaat. Okaylah, arini saya nak cerita pasal masjid kat sana je kay. So adik-adik yang nak pi study sana, mak-mak yang nak pi shoping sana, serta unce-uncle jangan risau. 1st sampai kat seoul uolsss oleh terus gerak pi itaewon, sebab kat sana memang ada kawasan orang islam khususnya. dia terletak berdekatan dengan Seoul Station, Namsan area dan Myeondong. Kalau nak datang sini, boleh datang either guna bus ataupun subway. kalau subway amik line 6. kalau bus ai lupe...ngeeee...
owh..kalau dah sampai seoul dan percutian uolss lebih dari 2,3 minggu,eloklah datang ke sini dulu, sebab ada banyak grocerries yang jual halal food. Dimana ia dimiliki oleh orang muslim korea. Terdapat juga pelbagai kedai halal food yang boleh korang datang, cuma sediakan duit sahaja. Oh ya! kat sini jugalah ramai student Malaysia yang passing by, rasa macam kat Malaysia. Kejap-kejap dengar orang cakap melayu, kejap-kejap dengar orang cakap kedah, kejap-kejap dengar orang cakap kelantan...wehuuuuuu..curlasssss...dimana-mana kannnnnnnn...
so,first of all.jom check masjidnya.naik subway ya rakan-rakan.jimat duit
![]() |
itu nad,sahabat baik saya |
ni lorong yang akan menghala ke masjid, from subway. naik tangga,straight jalan. jumpe simpang ni.turn right.sementara tu penulis pose dulu..ngeeeeeee
ni sedang mendaki naik ya..sungguh membakar kalori.peluh dingin hahkak! tengok kiri kanan, penuh kedai runcit yang jual makanan halal..=)
berjalanlah anda sehingga bertemu pintu gerbang ini!
sisi tepi..kalau ke ablution area/tempat wudhuk, turn left
ni sementara tunggu asar
![]() |
tu kawan-kawan.tengah ngurut,eh taklah,diorg tgh main kamera |
tu bilal tgh bce quran |
ni sementara tunggu magrib..subhanallah.sungguh tenang. Dia akan sentiasa berdekatan dengan kita, kalau kita tidak henti cuba memdekatinya.oh ya kawan-kawan.sini takde telekung solat tau,dia ada kain je. kain tu macam skirt,kalau korang nak sedekahkan murqana kat sini pun boleh,senang orang malaysia,endon nak solat. =)
okay.ni eksperi tenang selepas dapat menenangkan diri dan ayuhlah kita mencari nasik!! Takkan melayu hilang didunia. Saya suggest uolls datang la makan kesini,sedap kot. Lagipun ramai student malaysia datang makan. ngeeeee..satu je..korang jangan arap dia hidang teh tarik.sebab semua food outlet takkan jual air berperisa selain dari air kosong ya..kalau nak hebat,lepas makan pergilah lepak mana-mana caffee,sambil online, n paling best online free kat sana pC cap apple jek kat sana..memang bebaloi2
haruslah nasi kambing mandi. |
muke kenyang terserlah disitu |
so,smpi disini sahajalah update cerita basi saya. sebab dah malas nak cerita kat fb.so bila kawan-kawan or sedara tanya, i'll will ask them to read my blog kan...kan...kan...xdelah mengagau nak menaip sebijik-bijik location,apa yang ada.apa yang boleh dibuat..
before that ni lagi another place kat itaewon.quite expensive jugak.tpi mmg feeling makan kat sini..cume lambat sket la service die.kami boleh lompat-lompat pusing-pusing n saya sempat pi tukau duit.
even lambat,tpi diorg ada tempat solat, |
ni semua tak lalu,sebab baru lepas diskus pasal kes bunuh potong2. |
xoxo..till then..aniyeon
Saturday, January 21, 2012
pelanduk 4 serupa
oklah disebabkan ramai yang konpius, pelik, aneh serta memang suka berfikir.
saya mempunyai 4 adik beradik perempuan.
oh ya ..kami berlima kesemuanya ada amir,amira,kiranya bonding name la kan.semua nak sama.senang ko jah.senang orang kenal.lagipun kita semua bawak nama. kalau baik perilaku,maka baiklah nama tersebut.nama kita akan disebut2 dan orang akan mencontohi kita.(adeerrr kewwwwww)
so disebabkan ni belog.haruslah nama penuh kami berlima dirahsiakan..muahaha..#bajet retis ko kan!
so uolssss...ni kat bawah ai insert picture adik beradik perempuan ai tau.
![]() |
kakak |
![]() |
diri sendiri.boo..zman kurus |
![]() |
kak cik |
![]() |
baby |
so..ni ler.my siblings. sama kan? tapi tak serupa okay!
(sila baca dengan muzk iringan S.M salim)
along dia kan sulong, so haruslah ala2 bridget jeneral..garang sangat, kalau rasa ada anak-anak nakal.Sila bawa mereka ke rumah kakak saya, insyaAllah, nakal mereka akan hilang! Tapi, garang-garang kakak saya, dia tak makan orang, dia makan nasi,ayam,lembu serta kambing yang telah dimasak. Dia juga pandai memasak, sebab kakak suka jadikan kami 'tikus putih"(haruslah tikus putih sebab cute -__-) untuk try semua resipi beliau dikala kami kecik-kecik dulu. Tapi kami selalu muntah,sebab pedas sangat. Ia tidak memenuhi piawaian kanak-kanak,iaitu makanan haruslah pedas-pedas manja ala-ala sos cili life.
(sila baca dengan muzik iringan Ombak rindu)
Saya? ala2 mangsa buli, sebab saya berada ditengah-tengah,kakak tidak adik pun tidak. Kekeke.. T_T Tapi dalam ramai2,ai paling kuat merajuk,kuat sentap,kuat nanges..
(sila baca dengan lagu tina turner)
kakcik ni iron lady,sebab dia paling kuat,sruh angkat berat 30 kilo pun dia larat okay!
Kalau ada masalah kekeliruan politik mahupun undang-undang di negara kita, silalah berhubung dengan beliau.kerana beliau boleh diibaratkan sebagai pengamal undang-undang separa berjaya. Angah doakan kakcik jadi lawyer berjaya,
(baca dengan latar muzik oggy and cockroaches)
baby.si jambu.suke merajuk,suka main,kuat makan. n suka mekap! Saya pun tak tahu apa menda la beliau tak suka..semua suka..Makanan? Just name it.all can eat. Mainan? All she can play. Lagu? Starting muzik dia dah tau siapa penyanyinya. Dalam adik beradik kami, saya rasa dialah paling pandai math..ngeee....100 markah wajib dia dapat every test..Alhamdulillah.
so, memang pening la kan. parent kami nak layan . Macam-macam ada. Tapi satu benda je kami sekepala, asam pedas...kalau boleh nak masukan empat-empat kepala jep dalam periuk...ok tipu jek..xsempat letak kepala da kene hempuk dengan senduk
xoxo
miss u guys
Thursday, January 19, 2012
“Islam bermula sebagai sesuatu yang dianggap asing dan ganjil. Dan ia akan kembali sebagaimana permulaannya, dianggap asing dan ganjil. Maka, beruntunglah orang-orang yang ganjil” [Hadith riwayat Imam Muslim ]
kepada gadis-gadis,
- jgnlah bersedih jika anda tidak ber'couple'
- jgnlah malu jika org melihatmu pelik menutup aurat
- jgnlah kamu merendah diri jika kamu malu,kerana malu dapat menjaga maruahmu
xoxo
p/s:kaget dengan gadis sekarang @_@
Wednesday, January 11, 2012
#word in wednesday
salam.selamat pagi,oyaho gozaimasu!
ececeh.arini xde wordless wednesday..tapi nak buat word in wednesday..for second time!
okay..ayuh wahai gadis-gadis,jejaka-jejaka..kakak-kakak, adik-adik, abang-abang..jom ramai-ramai pakai baju pink arini,kalau takde baju pink,pakai la shawl pink,kalau takde,pakai handbag pink,kalau tak jugak pakai selipar pink,kalau takde jugak.pakai spender pink ok ni jangan buat,malu okay! jaga ethics anda ya kawan-kawan arini kiah nak habaq mai.erk...kiah? okay fine..arini mood kiah masuk dalam diri...
ohyer.jomlah kita menikmati aiskrem yang highclass tapi dengan harga berpatutan....oit..apsal aku arini .hyper semacam...ah abaikan..jom kita ke outlet or kedai-kedai baskin robbins yang bedekatan untuk menikmati aiskrem dengan harga amat2 seronok untuk diperkatakan..oklah subuh tadi saje je google flavour of the month BR.sebab nak mitak adik lanje.tettt...helllo..hahkak die ni telah tolong adiknya membuat assignment law tau! tak pasal2 saya kena mencari artikel perlembagaan..maka.haruslah diberi balasan budi berbentuk makanan yang menyeronokan..kan..kan..kan..sambil kenyit-kenyit mata nak mitak adik lanje lagi sekali...=p
ok berbalik pada cerita.today is pink day for baskin robbins..so wat r u waitin for#sambil joget-jogetpasang lagu mizz nina what are you waiting for# so u just need to dress up in pink or at least wear something with pink colour,then go to the nearest BR outlet...i'm wonder..does pink liptics also include? ngeee...^_^V
![]() |
source:google |
XoXo
korek-korek tabung nak cukupkan 12hengget.
Thursday, January 5, 2012
makanan tegeliat lidah
salam,hello hai.morning..ececeh..rajin giler kan pepagi bangun dan tulis blog..eceli tak tido lagi ni,bru lepas revision.disebabkan mata tegar nak tido. berlayar ke laman sesawang..perghh...bahasa melayu peringkat stpm blog ai arini..kekekke
anyway.masa demam aritu my aunt masak sotong masak merah..pastu tetiba mulut mengada cakap.boleh tak nak makan sotong yang macam kat korea dulu..er er er..ni penulis dalam keadaan separuh sedar akibat pengambilan ubat yang boleh mengantuk..@_@ phewww..
pagi ni tetiba rajin mengoogle kan nak tau apa nama sotong goreng pedas korea tu..seriously sepanjang dok sana.makanan tu la terbaik yang saya makan..maybe sebab pedas kot..saya adalah peminat nombor satu pedas.selalu orang cakap,orang kelantan suka makanan manis. mungkin saya ni,terlampau lama dok 'luar' lidah sebati ngan makanan pedas..so nama sotong goreng pedas korea selatan itu dikenali sebagai
Ojingeo Bokkeum or (Korean Spicy Stir-fried Squid)
yang bagus pasal makanan ni even diorang bergoreng,tapi mereka goreng guna vegetable oil.pastu diorang banyak tambah sayur..erm kalu kat sini macam goreng paprik la kan..tapi orang kita minyak ade sebaldi..huhuuh # den paling x gomar makan kek kodai yang paprik ke,masak merah ke minyak sebaldi..ngeri nak makan.
okay back to story..abaikan text mengada saya. yang kadang2 nak kena hempuk ngan kawan sebab membebel kat kedai makan.
eh kita dok citer panjang lebor..lupa plak nak upload pic sotong tu..jap ea kawan-kawan..
tadaaa
yang best pasal makanan nih..die amat seronok kalau dimakan dengan nasi panas2..masa makan ni kami guna chopstick..sebab nak guna tangan malu uolsss...orang dok tengok kami dari mula2 langkah ke restoran pun dah rase nak pakai purdah..anyway advise saya. kalau ke negara yg xrmai muslim.eloklah ke kedai yng jual sea food sahaja atau vegies sahaja..senang, n kebanyakan halal.
Wednesday, January 4, 2012
looks good
hai hai hai hai
berapa kali hai daaa
okay,even kali ni sibuk exam
saye sibuk jadi fashion consultan
yang berbayar dan tidak berbayar
biasalah
musim dinner agaknya
atau musim ada event-event
okaylah
kali ni
pasal attire smart casual
first of all
kita kena tahu apa itu smart dan casual
dimana seseorang itu perlu kelihatan kemas,namun selasa untuk dipakai sewaktu keraian
omputeh selalunya pakai during bussiness group meeting
jadi ia tak terlalu formal dan tak terlalu santai macam tengah-tengah la..tapi jangan over pulak kan!
ni antar suggestion saya untuk para wanita
1 BAJU
![]() |
FROM F21 |
![]() |
CARDIGAN HITAM |
![]() |
LOOSE TROUSER BY F21 |
![]() |
RED CLUTCH BY F21 |
![]() |
BY GUESS |
4 ACCESORIES
![]() |
F21 |
![]() |
F21 |
Ni boleh dikatakan saya ambil dari f21 punyer barang..but..but..also another idea dri saya kalau nak berblause motif flora
![]() |
blouse by H&M |

![]() |
by zara |
![]() |
by guess |
dan dan harus diingat wanita..jam tangan anda mestilah kelihatan agak formal.jangan don't sesekali pakai jam kalerpol,bunga-bunga,cartoon2, seeloknya yang besi atau kulit.kalau xde xpayah pakai.tgok jam enset..=)
Sunday, January 1, 2012
time to say goodbye..and hello
salam.hello hai..tsk..tsk..dah sampai akhir tahun dah kita kan..
xtau nak tulis apa.sebab tahun ni sangat-sangat best bagi saya
macam-macam perkara yang terjadi,2,3 days ago terdetik dihati saya. Kenapa adegan,peristiwa atau kejadian yang saya xinginkan terjadi.sebabnya adalah satu. Kita telah dipilih olehNya, yang Maha Mengetauhi dan yang Maha Esa.
Maka bersyukurlah, hidup ini sangat-sangat indah.Hai 2012
i welcome u
with all my heart
semoga tahun ini
dapat menambah keberkatan,kesyukuran dan kemakmuran dalam hidup saya,keluarga n semua umat manusia.amin.
xoxo
sambut new year kat rumah,dah jadi anak dara sunti xelok keluar rumah sampai ke pagi.#pesanmak
xtau nak tulis apa.sebab tahun ni sangat-sangat best bagi saya
macam-macam perkara yang terjadi,2,3 days ago terdetik dihati saya. Kenapa adegan,peristiwa atau kejadian yang saya xinginkan terjadi.sebabnya adalah satu. Kita telah dipilih olehNya, yang Maha Mengetauhi dan yang Maha Esa.
Maka bersyukurlah, hidup ini sangat-sangat indah.Hai 2012
i welcome u
with all my heart
semoga tahun ini
dapat menambah keberkatan,kesyukuran dan kemakmuran dalam hidup saya,keluarga n semua umat manusia.amin.
xoxo
sambut new year kat rumah,dah jadi anak dara sunti xelok keluar rumah sampai ke pagi.#pesanmak
Subscribe to:
Posts (Atom)