Powered By Blogger

Saturday, March 22, 2014

My 2014

Salam

Segala puji bagi Allah yang Maha Pemurah dan lagi Maha Mengasihani

2014

Herm dah 1/4 bulan kita melaluinya

Ternyata tahun ini merupakan tahun yang akan diingati hingga akhir hayat


Tiada hari yang mungkin  lupakan
10 Febuari 2014 atau 10 rabiulakhir
Merupakan hari paling  sedih, bingung
Sehingga kini
Cukup 44 hari

Orang kesayangan dalam hidup pergi menemui ilahi


Mungkin tidak dapat ceritakan secara detail
Namun cukuplah aku dapat tulis untuk diingati
Agar aku tidak lupa
Tidak lupa mendoakan ayah disana
Tidak lupa untuk memberi al fatihah dan zikir
Tidak lupa untuk menjaga silaraturahim dengan sahabat handainya

Memang

10 febuari
, isnin
Merupakan hari paling sedih dalam 26 tahun hidup
Air mata mencurah tanpa paksaan
Aku hanya sedar dan kembali waras dari alam mimpi pada esoknya
Apa yang aku sedar hari itu aku hanya jangkakan aku hanya bermimpi

Melihat wajah mak dan adik adik aku tidak dapat tahan hati dari menahan air mata.

Sungguh menahan sabar itu sunggh payah

Allah tidak akan membebankan ujian jika bukan keupayaan kita.



Ayah

Damailah disana
Semoga diberi keindahan taman syurga
Semoga dikelilingi orang beramal soleh
Semoga tuhan mengampunkan dosa dengan segala rahmatnya

Subhanallah
Sunset nearer to arwah ayah's kubur
Semoga kita bertemu di syurga