Powered By Blogger

Friday, October 4, 2013

story so far

i don't even know that my life will be turning 360 degree beyond my expectation.
few month later i'm only keep praying to Allah that i want a better life, my focus is, to change just a LITTLE or small improvement.  
maybe i was forgot the more u do good, and love ur Creators. the more Allah gives to you
Allahuakbar, my life is better now.
But somehow i don't feels to deserve have all this.
life is better now.
i am still hoping my life will keep continuing and more happier than before.
Just a little reminder,
do remember Allah
Allah will remember you.
How to feels Allah with you?
Only you knows.
 

Monday, August 26, 2013

mid august


salam
kita sudah menghampiri pengakhiran ogos
kadang-kadang percakapan tidak boleh memperbetulkan keadaan
kadang-kadang perlakuan tidak boleh menjernihkan kekusutan
tidak pula perlu bermuram
tidak perlu bersedih
tidak pula perlu menyesal
ikut waras akal
ikut waras hati
salam syawal yang masih berbaki

Wednesday, June 19, 2013

The woman is the reflection of her man

Brad Pitt about His Wife
A Secret of Love
My wife got sick. She was constantly nervous because of problems at work, personal life, her failures and problems with children. She has lost 30 pounds and weighted about 90 pounds in her 35 years. She got very skinny, and was constantly crying. She was not a happy woman. She had suffered from continuing headaches, heart pain and jammed nerves in her back and ribs. She did not sleep well, falling asleep only in the morning and got tired very quickly during the day. Our relationship was on the verge of break up. Her beauty was leaving her somewhere, she had bags under her eyes, she was poking her head, and stopped taking care of herself. She refused to shoot the films and rejected any role. I lost hope and thought that we’ll get divorced soon… But then I decided to act on it. After all I’ve got the most beautiful woman on the earth. She is the ideal of more than half of men and women on earth, and I was the one allowed to fall asleep next to her and to hug her shoulders. I began to pepper her with flowers, kisses and complements. I surprised her and pleased every minute. I gave her lots of gifts and lived just for her. I spoke in public only about her. I incorporated all themes in her direction. I praised her in front of her own and our mutual friends. You won’t believe, but she has blossomed. She became even better than before. She gained weight, was no longer nervous and she loved me even more than ever. I had no clue that she CAN love that much.
And then I realized one thing: ""The woman is the reflection of her man""
Brad Pitt


well, ni aku dapat hasil browse fb pagi tadi. ya, memang bertuah kalau perempuan dapat lelaki macam Brad Pitt. Boleh bayang tak, seorang lelaki buruan wanita, dan ada semuanya, 5 C's,career, cash, cars, condos, credit cards, n finally he turn of to live with a woman n having kidsss. 
Kalau aku pun rasa terawang-awangan la kan. dan yang penting dia sangat setia, sabar dan memahami pasangan. Of course la mesti ada cakap-cakap, itu la, ini la.  Well kita hidup dengan masyarakat yang suka mengkritik, so tutup telinga. Kadang-kadang aku memang ada jumpa lelaki macam ni, kat tempat kerja, kat area rumah n family aku. Semestinya aku respect sangat-sangat. Aku ni perempuan. Aku faham perempuan macam mana. Kalau dengan orang kita sayang mengada-ngada tahap petala kelapan dan mudah menunjukkan perasaan kita marah, sedih mahupun kecewa. 

Semestinya masa sedih kita nak diambil berat, lumrah perempuan yang memang kena dilindungi.  Kalau lelaki diluar sana yang jenis take for granted(sesetengah kang kena pulak banned kang. hiks T_T), dan tak allert dengan perubahan pasangan memang aku cakap. Hubungan korang takkan berterusan, baik masa tengah bercinta mahupun dah kahwin.  Well aku menulis secara umum, kalau nak terasa silakan. AKu mintak maaf. Itu sudut pandangan aku.

So, tak salah nak ikut style Beret Pit  even dia bukan seagama. Orang kata, amik contoh yang baik, tak ikut yang tak elok. Bukankah kita semua ni manusia?

xoxo
Happy reading.

Thursday, June 13, 2013

Pesan mak

salam, hello good morning,
disebabkan sekarang aku stay dengan family maka, masa aku banyak diluangkan dengan mak.

Mungkin ni masa aku boleh topup balik sebab aku dulu sekolah asrama lepastu 6 tahun masuk U, aku duduk dengan family balik. Ada pro & con duduk dengan orang tua ni, maklumlah depa dah masuk warga emas, hati manyak sensitif, kadang-kadang kita tak sengaja pun nak menyebabkan depa sentap 
okaylah, 
tu perkara mula-mula aku discover bila our parent dah masuk 50-an.
jadi waktu petang aku banyak dihabiskan aku melayan mak aku bercerita.

kadang-kadang dia duk tegur cara aku buat kerja rumah, maklumlah orang muda, semua nak guna short-cut and amik senang je. 

Pung pang pung pang taip, padahal tu baru mukadimah.  rasakan, sapa suruh baca belog aku. miahaha.

Mak aku ni pesen jenis suka menegur straight to the point,

 kadang-kadang hazab'bedah' juga aku nak terima, tambahan pula aku jenis keras kepala sikit.  selalu nak ikut kepala sendiri.


 Tambahan pula(ceh, ayat nak essay spm sajok) aku dah umur 24, maka nasihat mak aku ni dah naik level.  Selalu jugak  mak pesan pasal rumah tangga. 



creeettt. bunyi CD rosak.

Kadang-kadang aku buat derk tak dengar je apa dia cakap. sebab bagi aku. Belum kahwin dan belum bersedia untuk ke arah itu, buat apa nak amik tahu kan?

Aku rasa apa yang mak aku tegur tu memang betul, sebab dalam perkahwinan, bukan sekadar cinta, ia tanggungjawab serta cara kita nak terus survive dunia akhirat.

kalau malas, maka rumah tangga tunggang langgang dan anak-anak jadi mangsa.
anak stress,maka jadi kes lari rumah, anak kuang ajor, anak malas belajar sebabnya, keadaan rumah tangga ibu bapa sendiri.
jadi perkahwinan bukan perkara main-main


 eh aku rasa merapu dah.
okay citer pasal pesanan mak kan. mak aku selalu pesan bila dah ada husband and mentua. 


  1.  Jangan serabai even kau duduk kat rumah tak keluar mana-mana, kena melawa pakai lipstik dan berbedak. Jangan sesekali pakai kain batik dengan t-shirt, kesian laki balik kerja penat-penat tengok wife serabai. pakai cantik-cantik even bukan baju jenama ZAra, MnG mahupun DVF, janganlah ko, mak haku kenal DVF.okay.Noted.

    agak-agak be'dooh' tak dress up hari-hari macam ni kat rumah?

  1. Bangun awal dari husband, mandi siap-siap awal pagi jangan nak tunggu matahari terpacak baru nak mandi.
  2. Basuh baju kotor pagi-pagi dan terus jemur, jangan tinggal dalam mesin petang baru ingat nak jemur.
  3. Terus masuk dapur bukak fridge buat breakfast, WAJIB sediakan air untuk suami even sekadar air kosong.
  4. Tunggu laki eh husband bersiap nak pergi kerja, tengok baju, seluar dia kot-kot ada tekoyak ke, berlubang ke, dan make sure baju digosok pastu WAJIB!
  5. Sementara tunggu husband siap-siap nak pergi kerja, kemas-kemas la bilik tu. Cadar kasi tegang, selimut kena lipat.
  6. Tanya husband nak makan apa, air perasa apa, wah amik order gitu.
  7. Follow husband sampai ke pintu rumah, senyum comel-comel then bye-bye sampai dia masuk kereta.
Tu baru pagi, ni edisi husband balik keje, memang banyak nau pesanan mak kan?

  1. Kalau balik keje, make sure sampai awal dari husband dan dah siap sedia nak masak untuk makan malam.
  2. Semayang asar siap-siap before husband balik.
  3. Kemas rumah sampai puas hati, jangan sesekali biarkan rumah bersepah waktu husband balik kerja. Nanti dia rimas, kalau dia marah, kita pulak nak marah, lepas tu gaduh, tak bercakap. okay-okay,noted mum!
  4. Tanya nak minum air apa, perasa apa, dalam keadaan apa( berais atau panas)
  5. Luang masa sekejap, borak-borak pasal seharian kat office or dengar husband cerita pasal kehidupan dia hari tu, even tak menarik buat-buat berminat.
  6. Lepas semayang maghrib pulak terus laju-laju panaskan lauk, sedia makan malam. Kalau laki eh husband jenis rajin dia akan tolong.
  7. Tunggu husband makan, tolong tuang air, tambah nasi lepas tu makan ler sekali.
  8. Lepas makan terus kemas meja n basuh pinggan jangan biar pinggan berkulat bercendawan dalam sink. Lainlah ader bibik
  9. Lepak-lepak dengan husband, tolong picit-picit ke, cari uban ke(incase laki eh husband dah beruban.hahaha), tolong potong kuku ke, wah mak aku, memang banyak betul aktiviti dia kheeennn.
  10. Masa tengok tv, tanya husband nak air ke, buah-buahan ke, kuaci ke,(lagi sekali,amik order ala kedai siam)
  11. Jangan berebut channel tv dengan husband, bior dia tengok cerita apa asal jangan cerita blue. Kalau boring baca novel or online or tipon mak (baguih benar pesanan mak aku)

Okay tu dah settle malam. ni karang bab kerja dapur, ni ler yang aku dengar dari aku umur 11 tahun.

  1. Plastik makanan berbungkus mestilah diGUNTING, jangan sesekali koyak dengan tangan, itu kerja pemalas, dush dush dush straight kena atas batang hidum ai .
  2. Besen ikan/daging/ ayam mestilah diguna asing dengan besen sayur/buah
  3. Kain lap pinggan mesti sentiasa tukar
  4. Basuh pinggan susun elok-elok
  5. Stok air masak mesti sentiasa ada.
  6. Jangan rasa makanan terus dari periuk, seeloknya guna sudu dan dilapik piring
  7. Chopping board juga mesti ada untuk sayur serta daging.
  8. WAJIB alas lesung batu kalau nak menumbuk bawang
  9. Sayur yang dibeli mestilah dibungkus dengan surat khabar sebelum dimasuk kedalam fridge
  10. Stok ais WAJIB ada, standby kot-kot ada visitors datang or orang datang potong rumput, WAJIB buatkan air untuk technician or orang datang hantar perabot or orang mesin rumput, hargai penat lelah mereka
  11. Tu jelah aku ingat tang dapur, oh ya, kalau siang daging or ayam mesti kena basuh dengan air bercampur tepung or limau nak bagi ilang hanyir.
  12. Kalau kat rumah mentua jangan sesekali keluar dapur selagi tak siap masak.WAJIB tunggu mak mentua kau masak.
  13. WAJIB tolong mentua masak, even mentua dah halau-halau kau keluar dapur, ko duduk je bersimpuh tepi dinding dapur.
    posing ditepi dinding.hik hik hik

Ni pulak rumusan bab kemas-kemas rumah
  1. Lantai mestilah hari-hari disapu, kalau boleh dua kali sehari. WAJIB!
  2. Bilik air mesti sentiasa dibasuh,selang dua hari(memang aku pun kena buat kalau kat rumah,haha)
  3. Menyapu mestilah complete dari bilik, dapur hinggalah porch rumah (arap-arap aku kawen dok kondo ke, apartment, kecik sikit,xpenat nak menyapu.hiks)
  4. Mesti mop lantai selang 3,4 hari. Tambah-tambah ruang selalu diguna
  5. Mesti ada dua penyapu, satu untuk dapur dan satu untuk ruang lain.
  6. Mesti lap habuk kipas seminggu sekali
  7. Lipat baju kalau boleh sebaik sahaja diangkat dari jemuran
  8. Kalau jemur baju, mesti jemur sebaris baju, seluar, panties serta lain-lain, jangan campur-campur itu kerja orang pemalas! (dush,dush dush kena atas batang hidung lagi sekali)
  9. Sawang mesti disapu, kalau rumah ada sawang itu menghampiri papa kedana , tapi tak tahulah ni statement nak suruh aku takut or apa. ahaha
Etika di meja makan.
  1. Kalau air dua jenis, sediakan dua gelas. Mug untuk air panas, gelas untuk air sejuk
  2. Pinggan nasi mestilah jenis leper sebab senang nak makan
  3. Kalau boleh masak lebih, sebab selalunya orang laki makan banyak, kalau makan sikit tu, sah masakan kau tak sedap. dush dush dush
  4. WAJIB bg laluanorang makan dhulu, tambah-tambah kalau rumah mentua.
  5. Kalau makan kat rumah mentua, bagi laluan orang-orang senior makan dulu. Lepas tu tengok laki makan, "jangan sentap kalau laki puji masakan mak dia sedap, sebab kau pun cakap masakan mak masak paling sedap" pesan mak tiap-tiap kali kalau topik kahwin.
  6. Tolong basuh pinggan kat dapur, even ada bibik or ipar duai ramai. jangan nak sentap tarik muka herot, "nanti mak sekeh kalau dapat tahu klu mls"

Last but not least, etika di rumah mentua.
  1. Bawak balik buah tangan, buat macam nak balik rumah mak, beli macam-macam.
  2. Sampai-sampai terus cari mak mentua, tanya khabar or borak santai
  3. Tanya nak masak apa nanti time makan,
  4. Jangan sesekali 'riba' tangan, iaitu jadi pemalas, at least jenguk sekitar rumah, sapu laman, lipat kain or tolong kemas dapur or tolong cuci toilet.
  5. Borak dengan mentua macam borak dengan mak 
  6. Jaga pakaian rumah mentua, jangan nak serabai &seksi macam kat rumah sendiri.
  7. Jangan nak mengada-ngada nak tidur tempat best jika rumah mentua full house, redho kalau port kat ruang tamu jangan sesekali nak tidur hotel 
  8. Jangan nak monyok, muka selebet kalau kena first syawal rumah mentua, buat-buat happy
  9. Tolong mentua kemas rumah, kalau boleh sesudah subuh terus menyapu
  10. Jaga solat, iaitu semayang awal-awal.
  11. Jangan gaduh dengan husband depan mentua, kat rumah mak boleh. "kalau mak tahu, mak sekeh kau" 
  12. Tolong sediakan air minum petang or masak kuih even cekodok bawang.
  13. Tolong urut mak mentua kalau dia sakit or saje-saje boring takde apa nak buat.
  14. Jaga percakapan jangan nak hu ha hu ha tak bertempat.
okay itu jelah aku dapat listkan.
Even nampak leceh, actually maybe tu resipi rumah tangga,


 apa-apa pun mak aku pesan dah boleh start doa, dapat husband baik,boleh  beri nafkah zahir batin secukupnya,penyayang, rajin kerja dan mentua yang dapat menerima baik buruk kita,yang sporting dan sekepala.amin
okaylah adios.

pergh hari ni aku berjaya meluangkan sejam di depan laptop update belog 

xoxo

Wednesday, June 12, 2013

aku dan 3 ratus ribu

hari tu aku jalan-jalan ke mall, cuci mata kononnya ssebab aku malas nak ikut, maka mak aku paksa keluar shopping. ceritanya bermula begini T_T

tengahari weekend kemain aku tidur dan adik aku kejut suruh siap-siap nak pergi, so aku dengan malas dengan tanpa nafsu salin baju n siap-siap masuk kereta, pakaian aku haritu pun macam hippies sesat.

so aku ikut jelah mak aku,sambil menyeret kaki,sambil jeling ke dinding kaca kedai. nahhh.. aku terkuap-kuap, puih buruk perangai kau.

lepas tu aku tengok jam, aik jarum tak bergerak. sah aku tak setting lagi sebab aku punya jam kena setting sebab dia manual xde bateri.alah tak reti aku nak explain,hahaha.

okay lepas ketuk-ketuk jam aku. elok pulak aku berdiri di antara kedai Tissot dan R to the O to the L to the E to the X, kemain mengeja kau senah.

so lepas tu aku tengok kat cermin Rolex, konon new collection.terjojol okay mata apabila tengok jam tu harga 100k usd or dekat malaysia ringgit kat 3 RATUS RIBU,huh, biasalah jadi rakyat jelata yang hidup sederhana macam aku ni. maka apabila tag price 3 ratus ribu menyebabkan aku yang mamai-mamai ayam selebet telah kembali waras. maka aku terus tercongak-congak di dalam kepala, rumah mak ayah aku sama harga dengan jam itu dan terus otak aku yang terlebih imiginasi imagine rumah kuning mak ayah aku terletak kat tangan kiri aku. choiiii..then aku terus kira berlian dan batu zamrud, ruby dan segala batu yang terlekat kat jam tu. hahaa. obsessive lady betul aku time tu.  Lupa orang lalu kiri kanan. tapi aku as usual mestilah drama queens. buat-buat tengok kelain padahal mata mengira batu. 

so  ni lah design lebih kurang jam tu
 okay tulah cerita aku, ahaha sapa baca memang terkono la. cerita pasal jumpa  je, tapi yang penting jam ni membuat aku terus segar sampai mak aku abes membeli belah dan mengopak duit .Aku beli apa? Aku beli ubat je haritu,. 
okaylah bye

xoxo

saje update

rasa lama tak merapu 
 kat belog

Tuesday, May 21, 2013

cottage pie

salam,rasa lama sangat kan tak taip blog panjang-panjang. Mungkin diri terlampau exicted dengan IG, haha, kalau online social network pun memang IG dibuka dahulu, fb,twitter dah jarang. sebab i want to keep, so we have our own sense of special and misseerrri. ececeh. ayat anuar zain sangat. oklah kali ni kita nak share resipi cottage pie, eceli dah lama buat tapi lupa nak update. Apa salahnya sebar-sebar ilmu yang ada kan? Boleh pahala free. 

Ni resipi untuk 5 orang tapi disebabkan rasa dia mungkin sedap, maka dua adikku telah menghabiskan seloyang cottage pie yang mungkin beratnya 600gram.tsk tsk. si pembuat hanya sempat makan beberapa sudu sahaja.

resipi potato for topping:
-satu beg potato australia (kat tesco ada)
-bawang besar setengah labu
-garam
-black pepper
-susu or cooking creme dalam 1/2 cup
-butter 2tbs
-cheese(Parmesan)

resipi daging cincang(erk,belasah la nama apa pun)
-500g minced beef
-2 helai bay leaf
-secubit black pepper
-origano
-mushroom, depend korang suka apa(shitake,button or lain-lain)
-carrot dadu (setengah batang)
-bawang besar(untuk menumis)
-bawang putih 5 cloves (untuk menumis)
-saderi (sebatang dihiris halus atau dadu halus-halus)
-olive oil untuk menumis( kalau takde minyak biasa pun boleh)
-mash tomato atau tomato dalam tin 1 cup
-garam
-secret ingridient (sesudu sos cili dan sedikit pak aji ;p)

cara-cara

  1. Mula-mula sediakan semua bahan, rebus ubi kentang bersama onion yang telah dicincang halus hingga empuk dan jangan lupa masukkan garam.
  2. Toskan ubi kentang tadi, kite guna food processor, kalau takde guna mixer buat kek pun boleh, kalau takde jugak guna tangan pun boleh. Kisar potato dan onion tadi sampai hancur,masukkan butter, garam, blackpepper, dan susu or cooking creme.
  3. Dalam masa yang sama, masa rebus potato dah boleh start tumis minced beef.
  4. Panaskan minyak, masukkan onion yang dicincang halus.
  5. Masukkan bawang putih kemudian sebab bawang putih cepat garing.
  6. Masukkan daging cincang biar sampai kering air.
  7. Masukkan tomato dan saderi.
  8. Tunggu hingga garing, baru masukkan carrot, cendawan, garam, black pepper, bay leaf serta origano serta perasa tambahan korang suka, nak letak cili padi PUN BOLEH.
  9. Tutup Api.
  10. Sapukan butter ke dalam loyang or corning ware mak punya, letak mashed potato senipis boleh, kira based dia je.
  11. Baru masukkan minced beef tadi.
  12. Cover dengan mashed potato banyak-banyak.
  13. Tabur parmesan cheese kalau nak campur dengan mozarella pun boleh, tapi harus diingat tinggi dah kalorie makanan ni. hi hi hi
  14. Bakar ke dalam oven yang telah dipanaskan 180 c api atas bawah selama 15-20 minit.
  15. Selamat makan!
Lapar tak? Pergi  kedai beli bahan n buat, kalau tak cukup bahan, or nak jimat duit takyah guna bahan harga mahal, deduct cheese mozarella,origano,cooking creme.


okaylah adios!
xoxo
happy reading

Sunday, May 19, 2013

d.i.y guestbook

disebabkan masa kakak aku kawen, dan aku selaku juru gegas berwibawa telah bersemangat siapkan guest book, sebabnya pengantin sendiri tak reti nak fancy-fancy ;p
ni 50% siap
ni jelah full gambar siap,eceli lupa tah letak kat mana pic full guest ..hiks
okay tu jelah update ala-ala malas2 rajin tapi gatal nak taip. haha

adios
chiaw bella
 happy reading!

Tuesday, May 14, 2013

torn

this is how i feel

Tuesday, January 22, 2013

2013

salam,happy new year kawan-kawan,well,i know its already lte to wish a new year kan. ayat nak retis,ok.ape ape pon ntahlah belog dah semakin terabai sebab da pandai main stengerem,tulah manusia,dah dapat gading bertuah,tanduk diabai,eh sape tanduk n sape gading,ah abaikan.

Ok,tahun ni punyer resolution,nak sambung yang tahung lepas,hahahah,sebab tahun lpas cuma 2,3 je tercapai,but tahun ni aku nak cari kerja yg lagi best,sebab nak pergi turkey,hahaha tulus kan permintaaan,sebab aritu dengar dato fadzilah kamsah suruh spesifikkan doa kita or impian macam nak doa nak cri jodoh,'Ya Allah,berilah lelaki yang terbaik untukku,yang kenal rukun iman n rukun islam,dapat beri nafzah zahir n batin,yang hensem,yang bukan moody,yang bukan pemarah,yang penyabar.amin', Haaaa,tu lah spesifikasinya doa aku tahun ni,harap harap doa uols pu  termakbul jugak tahun ni yek.n jangan lupa doakan aku rajin update belog,kesian kan,bukak bukak belog takde update,ngeeeeee,k.lah aku takreti update gune tablet nih,kakakaak.kelaut hasil taipan tangan aku yang comels serta kiut ini,demn perasan,abaikan penulis yang agak masuk bakul ini. bye  seee again,

Wednesday, January 2, 2013

perhaps.perhaps.perhaps.

hisy.tak suka betol la kalau main shuffle.*bukan shuffle yang macam nak pijak lipas sampai mati tu* 
ni shuffle yang main lagu ikut suka hati dia. semalam aku dengan lagu thru itunes.so haruslah shuffle sebab malas pilih lagu masuk on the go kan.
huh
dengar lagu ni,terus teringat kenangan lepas-lepas
seriously!
teringat kenangan dari first-first jumpa kenangan lama.huhuhu
teringat first time tukar nombor telipon
teringat first time dapat message dari 'dia'
teringat first time 'dia' call
teringat first time keluar dating dengan 'dia'
teringat first time keluar tengok movie dengan 'dia'
teringat first time jadi backpackers cuti ramai-ramai dengan kawan bersama 'dia'
teringat first time dia jaga aku time sakit
teringat first time diperkenal kepada family 'dia'
teringat first time kena marah dengan dia
teringat first time bergaduh dengan dia
teringat first time kantoi dengan dia, aku keluar dengan kawan-kawan kelas lelaki tengok bola kat mamak
teringat first time dia tersalah message,suppost kat 'perempuan' tu,tapi dapat kat aku
teringat first time gaduh besar, 6,7 bulan tak bercakap
teringat first time clash dan sambung balik dengan dia
teringat dia datang jumpa family aku
teringat first time dia kenalkan aku kat kawan-kawan dia dan dgn kawan perempuan yg aku jeles gila
teringat first time dia janji nak jaga aku sampai bila-bila
teringat aku selalu abaikan dia
teringat dia salah faham pasal bestfriend lelaki aku
teringat dia tak suka aku kawan dengan lelaki
teringat dia tak suka aku keluar malam-malam(assignment kot)
teringat first time masing-masing 'akward' tak tahu nak borak apa masa dating terakhir
teringat first time dia nak ruang peribadi sendiri
teringat first time aku ditinggalkan tanpa apa-apa berbulan-bulan lamanya
teringat first time dia officially tinggalkan aku
teringat first time lepas sebulan clash,dia terus inrelationshittt dengan perempuan tu
teringat first time dia buang semua barang aku bagi kat dia
teringat first time dia cakap dah tak perlukan aku dalam hidup dia
teringat first time dia call aku lepas bulan-bulan tinggalkan aku dan mitak maaf
teringat first time dia ceritakan pasal gelpren baru dia yang tidak sebaik aku,menurut perintah,puji kiter konon
teringat first time aku terasa aku jadi perempuan baik sebab tak sepak dia je
teringat first time mak dia bandingkan aku dengan perempuan baru anak dia,ni jumpa family dia
teringat aku dah maafkan dia
teringat aku dah semakin lupakan dia
teringat dia datang balik nak mulakan perkara baru
teringat aku menolak sebab aku dah lupakan dia,
teringat aku terpaksa kejam dengan tak reply semua sms,call dan fb inbox 'dia'
teringat aku mendoakan 'dia' dan perempuan barunya berkekalan hingga akhir hayat
teringat aku terasa lapang dada setelah mendoakan beliau
teringat first time aku ceritakan semua kat mak
teringat aku dah mulakan hidup baru tanpanya,even awkward, 5,6 tahun kottttt
teringat aku ditiup semangat olehNya,  yakni ada lelaki lebih hebat untuk aku



ah sudahlah.
benci tau
seharian aku dok terpikir memory dia.padahal RAM dah delete semua memory.
tapi seriously memang aku dah lupakan .takda heart feeling,malah anggap itu perkara lepas yang mematangkan diri.cewah.

nak tau tak aku dengar lagu ape yang sebabkan aku jadi se'emo' ini.jap aku google lirik.

kau cinta pertamaku
kau cinta terakhirku
tiada apa yang bisa ku nafikan kasih kita
kau air dimataku

satu antara seribu
tiada antara di dunia
mungkinkan terputus di tengah jalan
mungkinkan terlerai tanpa ikatan
usah ragu dengan takdir

kau air dimataku
satu antara seribu
tiada antara di dunia
mungkinkan terputus di tengah jalan
mungkinkan terlerai tanpa ikatan
usah ragu dengan takdir


mungkin kitakan berbeza haluan
berakhirnya cerita percintaan
segalanya ketentuan tuhan

mungkinkan terputus di tengah jalan
mungkinkan terlerai tanpa ikatan
usah ragu dengan takdir
mungkin kitakan berbeza haluan
berakhirnya cerita percintaan
segalanya...2x

mungkinkan terputus di tengah jalan
mungkinkan terlerai tanpa ikatan
usah ragu dengan takdir
mungkin kitakan berbeza haluan
berakhirnya cerita percintaan
segalanya ketentuan tuhan

segalanya ketentuan tuhan....







ape-ape pun aku share citer hidup aku nih. sebab nak bagitau moral of the story
 jangan bagi sepenuh hati korang kat lelaki,bak kata john mayer. half of my heart jek kat taylor swift..half je yek.sebab kita ada separuh lagi simpan untuk apa-apa kes.
okaylah penulis rasa nak lempang diri.sebab earphone penulis still kedengaran sayup-sayup sore aiman yang aku tak kenal nih.haha.baik aku tido kan..kan...sebab esok nak pergi melawat adik kat ostel dia.bye.bye

truly eva me,
 xoxo