Powered By Blogger

Tuesday, May 21, 2013

cottage pie

salam,rasa lama sangat kan tak taip blog panjang-panjang. Mungkin diri terlampau exicted dengan IG, haha, kalau online social network pun memang IG dibuka dahulu, fb,twitter dah jarang. sebab i want to keep, so we have our own sense of special and misseerrri. ececeh. ayat anuar zain sangat. oklah kali ni kita nak share resipi cottage pie, eceli dah lama buat tapi lupa nak update. Apa salahnya sebar-sebar ilmu yang ada kan? Boleh pahala free. 

Ni resipi untuk 5 orang tapi disebabkan rasa dia mungkin sedap, maka dua adikku telah menghabiskan seloyang cottage pie yang mungkin beratnya 600gram.tsk tsk. si pembuat hanya sempat makan beberapa sudu sahaja.

resipi potato for topping:
-satu beg potato australia (kat tesco ada)
-bawang besar setengah labu
-garam
-black pepper
-susu or cooking creme dalam 1/2 cup
-butter 2tbs
-cheese(Parmesan)

resipi daging cincang(erk,belasah la nama apa pun)
-500g minced beef
-2 helai bay leaf
-secubit black pepper
-origano
-mushroom, depend korang suka apa(shitake,button or lain-lain)
-carrot dadu (setengah batang)
-bawang besar(untuk menumis)
-bawang putih 5 cloves (untuk menumis)
-saderi (sebatang dihiris halus atau dadu halus-halus)
-olive oil untuk menumis( kalau takde minyak biasa pun boleh)
-mash tomato atau tomato dalam tin 1 cup
-garam
-secret ingridient (sesudu sos cili dan sedikit pak aji ;p)

cara-cara

  1. Mula-mula sediakan semua bahan, rebus ubi kentang bersama onion yang telah dicincang halus hingga empuk dan jangan lupa masukkan garam.
  2. Toskan ubi kentang tadi, kite guna food processor, kalau takde guna mixer buat kek pun boleh, kalau takde jugak guna tangan pun boleh. Kisar potato dan onion tadi sampai hancur,masukkan butter, garam, blackpepper, dan susu or cooking creme.
  3. Dalam masa yang sama, masa rebus potato dah boleh start tumis minced beef.
  4. Panaskan minyak, masukkan onion yang dicincang halus.
  5. Masukkan bawang putih kemudian sebab bawang putih cepat garing.
  6. Masukkan daging cincang biar sampai kering air.
  7. Masukkan tomato dan saderi.
  8. Tunggu hingga garing, baru masukkan carrot, cendawan, garam, black pepper, bay leaf serta origano serta perasa tambahan korang suka, nak letak cili padi PUN BOLEH.
  9. Tutup Api.
  10. Sapukan butter ke dalam loyang or corning ware mak punya, letak mashed potato senipis boleh, kira based dia je.
  11. Baru masukkan minced beef tadi.
  12. Cover dengan mashed potato banyak-banyak.
  13. Tabur parmesan cheese kalau nak campur dengan mozarella pun boleh, tapi harus diingat tinggi dah kalorie makanan ni. hi hi hi
  14. Bakar ke dalam oven yang telah dipanaskan 180 c api atas bawah selama 15-20 minit.
  15. Selamat makan!
Lapar tak? Pergi  kedai beli bahan n buat, kalau tak cukup bahan, or nak jimat duit takyah guna bahan harga mahal, deduct cheese mozarella,origano,cooking creme.


okaylah adios!
xoxo
happy reading