salam,selamat menyambut aidilfitri semua, maaf zahir batin jika aku tersilap kata,terkasar bahasa jika selama setahun ini aku berbloging boleh membuatkan readers secara nyata atau secara senyap terasa,terkilan mahupun tersentap dengan bait-bait tulisan ku ini.semoga kita terus diberi nikmat menyambut lebaran dari yang Esa.amin.amin
lebaran pada tahun ini bukanlah seperti kebiasaannya, mungkin kekurangan 'ahli' keluarga yang tidak pulang beraya pada kali ini, ya ku akui, kebanyakan ahli keluarga merantau jauh,bukan sahaja jauh nun di sabah sarawak malah jauh menyeberang lautan dunia.aku masih berfikiran positif, mungkin faktor tiket agak mahal sekarang memaksa mereka tidak dapat pulang bersama. Jadi pada tahun ini, lebaran aku agak sendu, masih ada gelak tawa. Namun, ia kurang berbanding tahun lalu. Cuma diserikan dengan kehadiran sepupu sepapat belah ayah. Disebabkan kekurangan ahli keluarga, family aku boleh dikatakan berehat sambil menonton tv, tetamu datang pada pagi sahaja. Maklumlah raya pertama kebanyakan orang tak ziarah menziarah. Apa yang paling sendu, ni dah masuk raya ke tiga. aku masih tiada sekeping pun gambar hari raya, T_T sendusss gila tau! sampaikan aku siap cakap kat mak, kalau kawen esok-esok, orang nak beranak ramai-ramai. Biar penuh rumah! hamboi kau..ha ha ha.
raya keluarga aku tahun dapat diklasifikasikan pada tahap simple n biasa-biasa sahaja. tv lah jadi bahan penghibur kami, maklumlah budak-budak takde.
oh ya, 2 hari sebelum raya aritu aku ter'kena' food poisoning, sobs..sebab makan makanan kat bazaar, selamat tak pergi sepital kalau tak, konpem warung yang jual beriani tuh memang kena kuarantin kan?sebab apa aku dan adik yang kena?sebab aku dengan adik aku tu je makan bukak puasa dengan nasi beriani, memang trauma kau kalau nampak nasik color-color mahupun ayam masak kari. aku sampai sekarang trauma nak makan ayam. punya kuat penangan food poisoning tu, cuba bayang, dari pukul 2 pagi aku wekwek sampai subuh, konpem tak puasa ari 2nd last day puasa. sampai badan lembik gila, jalan pun terhoyong-hayang sebab takde gula dah dalam darah, aku sempat pitam kat dapur sorang-sorang kejap,panggil mak tak tersahut,panggil adik tak tersahut jugak, kesian dorang, kena jaga dua pesakit sepanjang malam. lepas sedar dari pitam, aku gagahkan jugak amik gula, kacai dengan air suam n minum. kau mampu minum gula dalam 2,3 sudu makan dengan sedikit air. lepas setengah jam, terus pening terhoyong hayang tu hilang, ni pun aku teringat kawan aku yang dokter pesan.kadang-kadang kita pening sebab kurang gula, so janganlah berdiet mengabaikan kandungan gula. lepas tidur sampai pukul 12 tengahari barulah aku pergi dapur cari makanan, T_T sebab lapar sangat-sangat, perut totally kosong! ubat yang aku makan tu pun boleh keluar balik masa wekwek.
dugaan ramadhon..
aku rasa ramadhon kali nilah aku paling banyak sakit, start minggu ke dua puasa, aku batuk teruk sampai semput-semput, lepas tu sakit belakang, sebab mengangkat barang berat & aku travel sorang-sorang tido atas couch sahaja, lepas tu kena food poisoning lepas tu malam aku kena alergic, dugaan sakit bertimpa-timpa. aku cuma teringat masa awal ramdhon, aku pernah berdoa, aku mintak Allah hapuskan semua dosa-dosa kecik dan besar aku, kira aku ni banyak dosa la kot, T_T sebab Allah menghapuskan dosa manusia dengan 3 cara, dengan kesakitan, kemiskinan dan kesusahan,(source:ruang agama utusan malaysia) Allah tak bagi kefakiran dan kesusahan sebab dia tau aku tak mampu hidup takde duit dan susah, aku cuma dapat self control jika aku sakit sahaja, sebab adik aku cakap, aku jenis sakit, sikit-sikit tak bagitau kat orang, kalau sakit sangat-sangat baru bagitau. sebab dari kecik aku selalu train otak, sakit tu, memanglah rasa sakit, takde rasa stoberi.sampaikan kaki aku pernah terkehel pun aku boleh idup tak makan ubat atau jumpa pakar,seronok pulak jalan siap pi bazaar ramadhon, tu sakit masa puasa 2007 kalau tak silap. hi hi hi.
so korang, janganlah bila sakit korang dah rasa give up nak terus hidup, life must go on, kita tak berhenti selagi tuhan ta menghentikan hidup kita, selfcontrol adalah kunci menahan sakit,biar kadang-kadang rasa nak terajang orang sebelah sebab kita sakit gigi berlubang masa tu.
semoga korang yang dilanda musibah mahupun sakit diberi kekuatan dariNya,amin
aku rasa coretan aku dah melalut sebab aku nak cerita pasal raya, tapi tercerita pasal pengalaman sakit. Next entry la gamaknya aku cerita balik eh pasal raya. gud nite,salam.
3syawal