Powered By Blogger

Monday, September 3, 2012

realiti hidup as site worker,

salam,ececeh,tajuk nak hebat biar orang cakap aku suka berangan,suka hati i la kan.berangan ke,realiti,ni belog iolsssss. suka baca,tak suka tutup,kan?pinjam ayat beloger lain.T_T

okay, arini aku nak highlight kehidupan aku sebagai pekerja tapak bina, ececeh #lamebetolsebutececeh .
Boleh dikatakan sejak mula-mula belajar lagi,pensyarah ada habaq mai kat aku realiti kehidupan sebagai site worker,sebab 80% among them kerja site dulu before being lecturer. So, aku amat baik hati nak share jadual hidup aku as site worker yang kadang-kadang boleh mengilakan dan menyebabkan seseorang susah nak ada social life macam aku, dan kawan-kawan selalu touching sebab aku lebih suka lepak kat rumah bila ada free time.Nak start pukul berapa ek hidup aku? huhu,aku mengambil masa 10 minit disini,sebab timing hidup aku upside down sikit.

5.00 a.m: aku dah bangun sambil mamai-mamai lipat toto,rumate a.k.a opismate aku, intan emi dah ajak aku balik, sebab aku selalu,SELALU tidur kat opis atau dalam kabin yang dijaga 24 jam oleh pakgad2 yang berwibabawa.

5.30 a.m:sampai rumah,mandi,gosok baju,basuh baju,jemur baju,solat dan sambung tidur sampai pukul 8 pagi,sebab office aku keje punchcard pukul 8.30 am.

8.00 am mamai ayam, bangun cuci muka,pakai baju kerja iaitu sekadar t-shirt, jaket jeans, sluar jeans yang tahan segala mak nenek,serta shawl yang serap peluh. & drive pergi site yang 20 minit away dari rumah, tapi jamn jugak even lalu jalan kamponggg..sebab timing orang pergi opis.

8.30 am:kadang-kadang termerah gak punchcard,sebab lewat..ngeee..maklumler we olllss kan tidur opis,kadang-kadang terlajak tidur. masuk kabin, lipat2 toto,sorok dalam locker simpanan masing-masing,sorok bantal dan jugak selimut, on aircond,spray perfume bilik dan keluar breakfast,sebab nanti cleaner nak datang cuci bilik.

9.15am:masuk balik kabin, tunggu semua geng opis masuk dan maybe ada discussion sikit-sikit dan tunggu budak praktikal nak suruh eh ajak dorang masuk site, FYI,kami dua orang jeppp pon pempuan kat site, lelain lelaki,haruslah berteman kalau nak ke site.oh ya.aku kerja dalam department arkitek,so haruslah masuk site tengok progres architecture works, sebab project kampeni aku buat dah phase ID dan ada jugak baru nak wat,sebab project ni phase by phase. eh panjang pulak aku melalut.

10.00am:ni dah start dok depan pc or lappy masing-masing sebab nak check email dari architect dari bangkok,n supplier,selalunya lepas reply semua email n filingkan semua progress,sambil,ya sambil dengar radio,dah start prepare kamera, notebook,videocam,cari safety helmet yang selalu kena curik.

10.15am:tunggu kete site,maklumler kete site tak banyak kheennnn..tu pun berebot.okayni mulahlah aku masuk site,inpection depend on work la,kalau banyak.berpeluh,berstim la aku dalam sana,basah kuyup la,toksah cakap la muka aku kalau time keje.


12.30pm:ni aku dan intan emi mula lelari balik kabin,sebab matahari meninggi kat kepala n larik sari semua makhluk yang claim macam-macam,selalu,selalu,timing big-bigboss takdelah depa-depa semua nih samseng sket. pastu masuk kabin mula la sorang-sorang landing, korang jangan tak tahu,aku dan member pempuan aku,kabin khas.kami duo orang ja biasanya duduk,sebab insan lain ntah kemana, jumpa client la, meeting ngn jkr la, meeting ngan bigboss kat hq la.

13.00pm:mula call kawan kat opis satu lagi,sebab projek ni agak besar,so pekerja ditempatkan secara berkelompok, so aku akan call miza,aida n sorang dak praktikal untuk discuss nak makan kat mana.

14.30pm:baru tergedik-gedik nak masuk opis,depend jarak kedai kami makan, kat area site kitorang tak banyak kedai makan, kalau rajin mau sampai ke bandar, kadang-kadang sangkut kat HQ jap,pergi jumpa makcik-makcik n hahkak disana sebab kebyakan formal letter, or parcel dari supplier sampai kat sana, kami kat sini takde istilah kuli-kuli,kadang-kadang dah terlajak sampai kat HQ,semua surat orang aku hangkut.kui3.tapi boss chill jep,sebab kalau masuk lewat pun tak kesah sebab endon-endon,bangla-bangla start mula gagah perkasa sambung balik keje kul3, n depend on work,kadang-kadang brickwork takde pun so depa cuti,kadang-kadang excavator tak guna pun aritu. kira depend on planner.

15.00pm:lepas solat, ni chill dalam kabin yang sejuk nak mampuih tuh,rasa tido pon best, tapi jarang dapat tido melainkan pose,kui3. okaylah,ni mula kerja aku nak recheck semua email yang disend or diforward dari supervisor, civil,structure, mechanical,electrical.





17.30 pm:masih di opis, sambung buat progress report untuk whole project, call manusia tu,manusia nih, pastu kadang-kadang aku ada kerja aku sendiri,sebab aku jaga ID, so kena review furniture yang client sent via email,sebab projek kampeni aku ni banyak guna dari over the sea,so kira dorang punya perbezaan masa la,kadang-kadang petang rembang baru email, aku kadang-kadang rimas gak ngan boss aku.JUJUR disitu.
sebab dia ingat aku slow buat kerja,padahal supplier yang lambat,tu tak masuk subcon lagik.

18.30 pm:balik? jangan arap aku balik masa ni,tapi dah punchcard, ni time tea time kat kedai makan sambil makan goreng pisang dan sesi sembang kedai kopi dengan opismate,selalu aku,intan emi,daus,imran,bad,miza,din je yang join n kitorang ada jadual bayar minum,kira semua merasa la belanja kan? miza tu,QS,so dia tak byak kat site,banyak kat opis jaga BQ,dia tu senior aku kat U,kira kenal  la jugak pernak teserempak kat kolej dedolu. kami lepak kat sini sampai maghrib,sebab nak mandi dan solat maghrib n isyak kat office, kira office site ni takdelah sendu macam kat site opis, jarak dalam 500meter jep ngn site,tapi jauh gak sebab jalan besar yang pisahkan kami.biasanya kat opis depan nih,aku settle keje gak,sambil pakai telekung nak tunggu isyak tu,dok potostat lah, check file lah. kalau boss tengok kot cctv,kira heart attack la jugak sebab kami pakai telekung semayang sambil potostat khennn. Ohya,aku selalu simpan beg baju dalam kete,senang nak tukar,sabun,shampo,berus gigi n tuala complete ada, rumah dalam kete la,bantal pun ada.T_T


21.00pm:makan malam dulu,l. sambung keje, kira overtime la gaji kami, biasanya aku malam lebih tertumpu review drawing, item furniture yang suplier email, review spec book n print semua documentation awal-awal. kalau akhir bulan lagi sendu sebab nak siapkan progress report,kira penuhlah kabin kami,ala-ala open house pun ada sebab semua department mengelabah nak siapkan keja masing-masing,kalau tak hantar report, mana nak dapat payment dari jkr, lepastu mana ada gaji..kan..kan..

00.00am:still at office,eh cabin,time gini kami dah lalok dah semuanya, lagu toksah cakap la, psang kuat nak mati,aku rasa kalau ada perumahan,confirm masuk aduan rakyat dah,sebab tapak projek bising pukul 12 malam buta, lepastu kadang-kadang ada gak site supervisor yang masuk site,sebab ada  konkrit, yang pasti bukan aku la,mau masuk site malam-malam buta,anak dara pulak tu, baik aku dok diam-diam kat opis, tu kerja orang civil. ;p


3.00am:selalunya, time gini aku & intan emi dah mula tumbang,mula dah keluarkan alas tidur,keluarkan bantal dari kete,selimut bagai, lepastu kunci rapat-rapat pintu kabin kami,mangga siap tau!sebab boss provide grill lagi.kalau dak laki,tidur kabin depa, kira terjaga kami, so far,alhamdulillah,sexual harrastment among them xde,sebab masing-masing macam family.Alhamdulillah,tu yang mak aku,still percaya n bagi kelongaran untuk kerja macam tuh.ohya,puchcard jangan dilupa.kira punchcard out,tamat sesi OT kami,kami lebih selesa untuk tidur kat opis dari menempuh bahaya balik kerumah jam 2,3pagi,bahaya uolss..kat tengah jalan-jalan macam-macam bahaya anasir jahat yang ada,so kami tidur sampai pukul 5,semua bangun dan balik.



tu lah kira routine aku keje, penat memang penat, bulan pose jeplah tak berapa penat, even kami tidur kat opis, still dapat terawikh,lepas terawih,masuk balik opis, bangun pukul 5, sahur kat kedai,balik rumah, mandi,basuh baju. Kira rumah aku dduh tuh,tempat tukar baju jelah, kalau weekend pun,bukan ada kat rumah, balik kampung or keluar berjimba jumpa kekawan lain.


tapi aku kira,kerja ni sesuai untuk orang yang tak bekeluarga lagilah, kalau dah kawen bagi pempuan,susah sikit kot husband nak  bagi kerja, aku pun kadang-kadang tepikir jugak 2,3 kali,sebab masa sembang petang ngan opismate, kami ada jugak discuss, life after marriage as site worker,sebab bila dah kawen, automatically kebanyakan geng opis samada mitak tukar masuk HQ, atau tukar keje yang 180 degree beza dengan keje site, aku gak selalu doa,mitak dapat pasangan yang understanding. Keje macam ni,susah orang nak terima, even duit kepuk2,tapi takde life, tak best jugak kan?

so,below,ade gak pic sekeping dua,tiga=lima,pic peribadi aku,puih,bajet retis gitew khennnn

sembang tengahari

rempit di atas bukit styleeeee



pc not mine,pinjam opismate punyer,sebab best nak mati compare dgn laptop aku sekadar 14inch itew

ni time malam buta,siapkan drawing,aku tukang susun & checking jep.bukan reti pun autocad ker,revite ke,print je mampu


love,
me

xoxo