Powered By Blogger

Tuesday, August 21, 2012

lebaran ini

salam,selamat menyambut aidilfitri semua, maaf zahir batin jika aku tersilap kata,terkasar bahasa jika selama setahun ini aku berbloging boleh membuatkan readers secara nyata atau secara senyap terasa,terkilan mahupun tersentap dengan bait-bait tulisan ku ini.semoga kita terus diberi nikmat menyambut lebaran dari yang Esa.amin.amin

lebaran pada tahun ini bukanlah seperti kebiasaannya, mungkin kekurangan 'ahli' keluarga yang tidak pulang beraya pada kali ini, ya ku akui, kebanyakan ahli keluarga merantau jauh,bukan sahaja jauh nun di sabah sarawak malah jauh menyeberang lautan dunia.aku masih berfikiran positif, mungkin faktor tiket agak mahal sekarang memaksa mereka tidak dapat pulang bersama. Jadi pada tahun ini, lebaran aku agak sendu, masih ada gelak tawa. Namun, ia kurang berbanding tahun lalu. Cuma diserikan dengan kehadiran sepupu sepapat belah ayah. Disebabkan kekurangan ahli keluarga, family aku boleh dikatakan berehat  sambil menonton tv, tetamu datang pada pagi sahaja. Maklumlah raya pertama kebanyakan orang tak ziarah menziarah. Apa yang paling sendu, ni dah masuk raya ke tiga. aku masih tiada sekeping pun gambar hari raya, T_T sendusss gila tau! sampaikan aku siap cakap kat mak, kalau kawen esok-esok, orang nak beranak ramai-ramai. Biar penuh rumah! hamboi kau..ha ha ha.

raya keluarga aku tahun dapat diklasifikasikan pada tahap simple n biasa-biasa sahaja. tv lah jadi bahan penghibur kami, maklumlah budak-budak takde.


oh ya, 2 hari sebelum raya aritu aku ter'kena' food poisoning, sobs..sebab makan makanan kat bazaar, selamat tak pergi sepital kalau tak, konpem warung yang jual beriani tuh memang kena kuarantin kan?sebab apa aku dan adik yang kena?sebab aku dengan adik aku tu je makan bukak puasa dengan nasi beriani, memang trauma kau kalau nampak nasik color-color mahupun ayam masak kari. aku sampai sekarang trauma nak makan ayam. punya kuat penangan food poisoning tu, cuba bayang, dari pukul 2 pagi aku wekwek sampai subuh, konpem tak puasa ari 2nd last day puasa. sampai badan lembik gila, jalan pun terhoyong-hayang sebab takde gula dah dalam darah, aku sempat pitam kat dapur sorang-sorang kejap,panggil mak tak tersahut,panggil adik tak tersahut jugak, kesian dorang, kena jaga dua pesakit sepanjang malam. lepas sedar dari pitam, aku gagahkan jugak amik gula, kacai dengan air suam n minum. kau mampu minum gula dalam 2,3 sudu makan dengan sedikit air. lepas setengah jam, terus pening terhoyong hayang tu hilang, ni pun aku teringat kawan aku yang dokter pesan.kadang-kadang kita pening sebab kurang gula, so janganlah berdiet mengabaikan kandungan gula. lepas tidur sampai pukul 12 tengahari barulah aku pergi dapur cari makanan, T_T sebab lapar sangat-sangat, perut totally kosong! ubat yang aku makan tu pun boleh keluar balik masa wekwek.


dugaan ramadhon..


aku rasa ramadhon kali nilah aku paling banyak sakit, start minggu ke dua puasa, aku batuk teruk sampai semput-semput, lepas tu sakit belakang, sebab mengangkat barang berat & aku travel sorang-sorang tido atas couch sahaja, lepas tu kena food poisoning lepas tu malam aku kena alergic, dugaan sakit bertimpa-timpa. aku cuma teringat masa awal ramdhon, aku pernah berdoa, aku mintak Allah hapuskan semua dosa-dosa kecik dan besar aku, kira aku ni banyak dosa la kot, T_T sebab Allah menghapuskan dosa manusia dengan 3 cara, dengan kesakitan, kemiskinan dan kesusahan,(source:ruang agama utusan malaysia) Allah tak bagi kefakiran dan kesusahan sebab dia tau aku tak mampu hidup takde duit dan susah, aku cuma dapat self control jika aku sakit sahaja, sebab adik aku cakap, aku jenis sakit, sikit-sikit tak bagitau kat orang, kalau sakit sangat-sangat baru bagitau. sebab dari kecik aku selalu train otak, sakit tu, memanglah rasa sakit, takde rasa stoberi.sampaikan kaki aku pernah terkehel pun aku boleh idup tak makan ubat atau jumpa pakar,seronok pulak jalan siap pi bazaar ramadhon, tu sakit masa puasa 2007 kalau tak silap. hi hi hi.


so korang, janganlah bila sakit korang dah rasa give up nak terus hidup, life must go on, kita tak berhenti selagi tuhan ta menghentikan hidup kita, selfcontrol adalah kunci menahan sakit,biar kadang-kadang rasa nak terajang orang sebelah sebab kita sakit gigi berlubang masa tu.


semoga korang yang dilanda musibah mahupun sakit diberi kekuatan dariNya,amin

aku rasa coretan aku dah melalut sebab aku nak cerita pasal raya, tapi tercerita pasal pengalaman sakit. Next entry la gamaknya aku cerita balik eh pasal raya. gud nite,salam.

3syawal

Tuesday, August 14, 2012

elvis presley fav

wah  gitu kan.tajuk kemain kali ni.malam ni aku pecah tradisi sebab cerita pasal makanan di bulan puasa, ni aku buat sandwich selepas terliur tengok kat channel 707,man vs food dimana diorang reveal pasal makanan favourate elvis presley, sandwich peanut butter with banana. hamboi kau, seronok kan makan masa moreh.

okay,senang je kot nak buat,

lepakan roti korang dengan peanut butter,

susun pisang

panaskan frying pan,

letak butter,tapikan aku gedik letak bronw sugar,kekonon ujian cipta rasa masterchep la kunun..

okays dah siap lepa peanutbutter, korang terus letak roti tu dalam butter ,makesure saute sampai kering butter dan sampai crispy kulit roti..


dan beginilah hasilnya.
mahap ni pic insta aku.


Monday, August 13, 2012

alone again

haiss. i hate travelling alone,coz it's nt easy for me to bring along my luggage inside restroom n i hate peeps stared at me coz i'm a women,sigh...

sekian.

xoxo

Sunday, August 12, 2012

alahai.

so cute la kan ko kucing,sepah-sepahkan tisu, lepas tu tido peluk penyapu. Konon ko lah paling rajin,menyapu  garaj rumah sampai tertido-tido. T_T

taken via instagram n yes,i'm addicted with it. ;p

Saturday, August 11, 2012

alhamdulillah

today is 21 ramadhan, n i'm still having cough since last week due to hot climate in klang valley,
i have nothing to write or to share. but still write few words to letting my blog still alive.hi hi

xoxo

tailor tak siapkan lagi baju rayer T_T

Tuesday, July 31, 2012

niat,nawaitu

salam,
dah masuk 11 ramadhon (sebut gaya mak jemah). Alhamdulillah, masih penuh puasaku.hikss..
well. disebabkan i was 24 hour live without sleep. aku dah rasa aku sangat hyper pagi nih.
 tajuk kat atas sebenarnya aku nak cerita pasal aku belaja dulu-dulu.
walaupun sebenarnya diploma, aku bukanlah mintak course building. sebab time tuh gedik-gedik alam nak jadi arkitek kekononnya..hamik kau, masa interbiu orang tanya lain, aku awab lain, ter'kena' course yang pada mulanya aku tak kenal,tak tahu apa yang dorang punya objektif, masa mula-mula sampai surat tawaran ke uni, masa tu hari rabu, aku ingat lagi, aku menjadi penunggu setia depan pintu rumah.  Pantang dengar motor lalu, sebab nak tunggu encik posmen.  Aku tak percaya yang aku gagal temuduga, sebab aku dengar dan jelas yang encik penemuduga 3 orang tu cakap kat aku, "see u soon at perak", wah gitu. Even di paparan skrin enpon dikatakan aku gagal ke uni. Aku tak putus asa, masa tulah aku menjadi insan paling dekat dengan tuhan. Pantang time hujan, aku akan sujud solat sunat hajat, memohon dimurahkan rezeki untuk mendapat tawaran ke uni. Sebab aku percaya yang aku dapat tawaran tu, instinct aku kuat, tapi aku takdelah cerita kat orang kan. sebab takot salah.tak ke haru.

Okay, back to story. Masa tulah aku terkinja-kinja happy, tak pernah rasa happy macam tu. Macam monang who wants to be a millionaire pon hado. Tapi aku curious, course 'Diploma Bangunan'? course apetuh, aku tak pernah dengar, maybe pernah, tapi aku neglect. Mulalah aku sms sepupu-sepupu aku, tanya pernah tak dorang dengar course tajuk tu. So, depa jawab pernah, tapi course tuh tak ramai amik, sebab ada uni mates dorang cakap susah, seciput jek yang konvo kalau degree. Okay fine. aku dah nak pitam, sebab takot, aku taknak kena dismiss, aku selalu dimomok dengan kesah-kesah dismiss.

Pengalaman aku masa mula-mula masuk diploma, takdelah mengerikan sangat, sebab kengkawan uni mates cakap tak suka time orientasi. Tapi bagi aku, orientasi uni takdelah se'kejam' zaman-zaman aku sekolah dulu, kau mampu jogging depan senior so the cute dengan pakai kain dalam atau pettycoat? jatuh kredibiliti aku sebagai maya karim. hiks.memang aku ingat sampai sekarang nama-nama, muka-muka sejibik2 senior pempuan yang ragging aku dan geng mereka. i'm forgive bt not to forget, wah gitu. Kalau zaman sekolah dulu kena ragging sampai 2,3 pagi, kene jemur panas berembun bagai, sebuk kira orang semayang cukup tak, tapi wa tenkiu la kat senior-senior sebab korang tulun kira waktu solat, pastu check kami kalau kami cakap peot kan.tapi takdelah kat uni kena macam tu kan. sebab orientasi di uni lebih berilmu sikit, tu pendapat akulah as former mangsa buli senior-senior.T_T

Sejujurnya, aku pergi ke uni pada 9julai 2006, bukanlah aku bercita-cita untuk menjadi seorang jurutera, jurubina mahupun perancang pembinaan yang berjaya, niatku hanyalah satu. Aku belajar kerana Allah Taala, semua ilmu yang aku dapat adalah ilmu duniaku. Mungkin kawan-kawan uni aku, bukan sahaja rakan sekelas, malah rakan sama course mula sibuk merisik kabar kalau result keluar, aku pulak jenis tak layan, sebab malas nak amik tahu hal orang. Kalau orang amik tahu pasal aku baru aku amik tahu pasal orang tu, tu prinsip hidup aku. hermm.  Masa tulah aku dengar kekawan dok kira sape dekan, sape kena dismiss, sape fail paling banyak paper. Bagi aku, aku taknak amik tahu sebab mungkin kita ditempat mereka kita akan terasa aib, tu pendapat aku lah.


Alhamdulillah, bukan aku nak canang, semua result aku bukanlah cemerlang, tapi memberangsangkan iaitu sederhana, tidak terlampau cemerlang, tidak terlampau ketinggalan. sedang-sedang aja dong. Tapi tidaklah aku berbangga kalau orang bertanya, aku lebih suka menjadi seorang sederhana. Lebih aman hidup rasanya, cukuplah zaman sekolah aku aktif kesana sini sampai kerap tak masuk kelas kerana sibuk dengan aktiviti luar kelas.


Tapi zaman ijazah terbalik pulak cerita belajar aku, macam-macam dugaan yang aku tak cari mahupun yang aku cari sendiri even dah tahu bahayanya kan? Tu orang kata jiwa muda, semuanya nak cuba. Tak, aku tak salahkan takdir, cuma aku cuba memperbaiki kekhilafan diri. Beringat sebelum kena dan pesan mak yang masih aku ingat sampai sekarang, ' jangan mudah percayakan orang'.  Masa aku di sem 2,3 ya, aku akui, aku hampir kecundang di tengah-tengah pejuangan ijazahku, mengulang kertas yang sama, berjumpa pensyarah yang aku berdoa siang dan malam aku berharap tak kan ketemu mereka lagi, tapi apakan daya.

Memang takdir hidupku, aku mengambil kertas paling ditakuti oleh pelajar-pelajar building sebanyak dua kali!!!!! Masa tu memang pensyarah yang diberi jolokan Dr tutttt memang mengerunkan. Tiada siapa yang berani bertentang mata mahupun menjadi friendnya di fb, aku sering juga terfikir, kenapa aku masih ketemunya pada semester berikutnya, kini aku tahu jawapannya, Allah ingin aku melihat pensyarah tersebut dari sudut padangan positif. Masa aku mula-mula mengambil kertas tersebut, memang beliau masih ditahap 'berjaga-jaga'. Tiada satupun pelajar yang berani bertentang mata dengannya. Tapi masa tahun kedua aku mengambil kertas tersebut,memang aku jelah yang jadi mangsa dia, memang jadi lauk tiap-tiap minggu kelasnya. Telinga ini aku pekakkan, jujur aku akui, aku memang tak paham langsung subjek dia ajar masa mula-mula ambil kertas tersebut, aku masuk kelas tu kes aku takot!!!!

 tapi tahun kedua, aku belajar subjek tersebut, aku paham seketul-seketul apa yang dia ajar, sampaikan aku tak payah study masa nak exam, bukan nak bangga, tapi memang aku dah sedia, aku cuma study bab membaca jek, calculation aku dah tak amik tahu. Masa exam tu dah ketar lutut, awal-awal pagi aku dah jumpa pensyarah tu depan dewan exam, dia sempat pesan kat aku. 'Soalan senang je, tak macam past year, ko boleh jawab' aku terkelip-kelip tengok dia, (background sound katak disitu).  Masa dewan exam tu pulak, aku buat-buat bz, sebab lecturer tu melilau jek depan meja repeaters. heh. malu hokay. dahlah student-student first timer semua dok usha kami, sebab repeaters sangat ramai, sudah tentulah mereka tergugat kan. mungkin menjadi seperti kami disemester berikutnya, jangan risau dik. hahkak pekakkan telinge jek masa dalam kelas. kental gitu.hukhuk.
aku cuma amik kata-kata kawan aku,

       "sekali sekala kena hentam dalam hidup, tak salah".

masa tu, dalam exam aku dah lama tak ingat dah apa aku belajar, aku cuma ingat apa yang lecturer itu bebelkan dalam kelas, sebijik-sebijik suara dia dalam kepala otak aku. cuba korang imagine, kuat betol pengaruh 'dia' dalam dewan exam, masa menjwab nak habes, time tu la pensyarah tu melilau depan meja senior-senior usang seperti kami-kami. dan-dan tu pulak dia usha kertas aku, korang nak tahu dia cakap apa? eh takyahlah, nanti riak.tapi alhamdulillah, masa keluar result, cukup.cukup buat aku bersyukur. dimana, pensyarah diploma pernah pesan, ada sorang lecturer degree yang ditakuti semua pelajar, aku kenal beliau 3 tahun sebelum aku masuk ijazah, so korang imagine, 5tahun aku kenal beliau secara negatively, tapi tuhan Maha Adil dan Maha Kuasa, aku kenal beliau dari sudut pandangan positif, setiap yang buruk manusia itu ada baiknya, setiap baik manusia itu ada buruknya, kecuali Rasul.

dan sekarang aku teringat, apa yang aku usahakan selama ini adalah perjuanganku kerana Allah Taala, aku bukan masuk ke universiti bukan untuk mendapat jawatan tinggi apabila tamat belajar, bukan untuk glamor mahupun untuk menunjuk-nunjuk, cuma niat aku satu, mendapat ilmu. Perancangan Allah sungguh indah, sehingga aku tidak sedar kemanisan sebuah kekecewaan, kerana aku teringat, aku masuk universiti untuk mendapat ilmu, dan setiap subjek yang aku tak paham, memang konpem aku repeat sampai aku paham, tapi subjek aku paling aku suka tahap karma, subjek construction technology, sebab tak pernah repeat dari zaman diploma. nak tau sebab apa? sebab kena melukis, aku memang suka melukis, kalau tak, takdelah aku apply in architecture kan?



Monday, July 30, 2012

migrain

salam.

yep.i had a migraine since i was 21. kira mula-mula masuk degree  dulu la.

jadi malam ni pun kena migraine

tak tahulah apa sebab aku kena.

stress kot

aku pun tak tahu aku stress sebab apa


so.aku nak tido

feels like to knocking my head to the wall.

but i'm sure, my roomwall will  crack

apa aku membebel ni

aku pun tak tahu,.


save the draft

checkin the typo error


click publish.