salam,
dah masuk 11 ramadhon (sebut gaya mak jemah). Alhamdulillah, masih penuh puasaku.hikss..
well. disebabkan i was 24 hour live without sleep. aku dah rasa aku sangat hyper pagi nih.
tajuk kat atas sebenarnya aku nak cerita pasal aku belaja dulu-dulu.
walaupun sebenarnya diploma, aku bukanlah mintak course building. sebab time tuh gedik-gedik alam nak jadi arkitek kekononnya..hamik kau, masa interbiu orang tanya lain, aku awab lain, ter'kena' course yang pada mulanya aku tak kenal,tak tahu apa yang dorang punya objektif, masa mula-mula sampai surat tawaran ke uni, masa tu hari rabu, aku ingat lagi, aku menjadi penunggu setia depan pintu rumah. Pantang dengar motor lalu, sebab nak tunggu encik posmen. Aku tak percaya yang aku gagal temuduga, sebab aku dengar dan jelas yang encik penemuduga 3 orang tu cakap kat aku, "see u soon at perak", wah gitu. Even di paparan skrin enpon dikatakan aku gagal ke uni. Aku tak putus asa, masa tulah aku menjadi insan paling dekat dengan tuhan. Pantang time hujan, aku akan sujud solat sunat hajat, memohon dimurahkan rezeki untuk mendapat tawaran ke uni. Sebab aku percaya yang aku dapat tawaran tu, instinct aku kuat, tapi aku takdelah cerita kat orang kan. sebab takot salah.tak ke haru.
Okay, back to story. Masa tulah aku terkinja-kinja happy, tak pernah rasa happy macam tu. Macam monang who wants to be a millionaire pon hado. Tapi aku curious, course 'Diploma Bangunan'? course apetuh, aku tak pernah dengar, maybe pernah, tapi aku neglect. Mulalah aku sms sepupu-sepupu aku, tanya pernah tak dorang dengar course tajuk tu. So, depa jawab pernah, tapi course tuh tak ramai amik, sebab ada uni mates dorang cakap susah, seciput jek yang konvo kalau degree. Okay fine. aku dah nak pitam, sebab takot, aku taknak kena dismiss, aku selalu dimomok dengan kesah-kesah dismiss.
Pengalaman aku masa mula-mula masuk diploma, takdelah mengerikan sangat, sebab kengkawan uni mates cakap tak suka time orientasi. Tapi bagi aku, orientasi uni takdelah se'kejam' zaman-zaman aku sekolah dulu, kau mampu jogging depan senior so the cute dengan pakai kain dalam atau pettycoat? jatuh kredibiliti aku sebagai maya karim. hiks.memang aku ingat sampai sekarang nama-nama, muka-muka sejibik2 senior pempuan yang ragging aku dan geng mereka. i'm forgive bt not to forget, wah gitu. Kalau zaman sekolah dulu kena ragging sampai 2,3 pagi, kene jemur panas berembun bagai, sebuk kira orang semayang cukup tak, tapi wa tenkiu la kat senior-senior sebab korang tulun kira waktu solat, pastu check kami kalau kami cakap peot kan.tapi takdelah kat uni kena macam tu kan. sebab orientasi di uni lebih berilmu sikit, tu pendapat akulah as former mangsa buli senior-senior.T_T
Sejujurnya, aku pergi ke uni pada 9julai 2006, bukanlah aku bercita-cita untuk menjadi seorang jurutera, jurubina mahupun perancang pembinaan yang berjaya, niatku hanyalah satu. Aku belajar kerana Allah Taala, semua ilmu yang aku dapat adalah ilmu duniaku. Mungkin kawan-kawan uni aku, bukan sahaja rakan sekelas, malah rakan sama course mula sibuk merisik kabar kalau result keluar, aku pulak jenis tak layan, sebab malas nak amik tahu hal orang. Kalau orang amik tahu pasal aku baru aku amik tahu pasal orang tu, tu prinsip hidup aku. hermm. Masa tulah aku dengar kekawan dok kira sape dekan, sape kena dismiss, sape fail paling banyak paper. Bagi aku, aku taknak amik tahu sebab mungkin kita ditempat mereka kita akan terasa aib, tu pendapat aku lah.
Alhamdulillah, bukan aku nak canang, semua result aku bukanlah cemerlang, tapi memberangsangkan iaitu sederhana, tidak terlampau cemerlang, tidak terlampau ketinggalan. sedang-sedang aja dong. Tapi tidaklah aku berbangga kalau orang bertanya, aku lebih suka menjadi seorang sederhana. Lebih aman hidup rasanya, cukuplah zaman sekolah aku aktif kesana sini sampai kerap tak masuk kelas kerana sibuk dengan aktiviti luar kelas.
Tapi zaman ijazah terbalik pulak cerita belajar aku, macam-macam dugaan yang aku tak cari mahupun yang aku cari sendiri even dah tahu bahayanya kan? Tu orang kata jiwa muda, semuanya nak cuba. Tak, aku tak salahkan takdir, cuma aku cuba memperbaiki kekhilafan diri. Beringat sebelum kena dan pesan mak yang masih aku ingat sampai sekarang, ' jangan mudah percayakan orang'. Masa aku di sem 2,3 ya, aku akui, aku hampir kecundang di tengah-tengah pejuangan ijazahku, mengulang kertas yang sama, berjumpa pensyarah yang aku berdoa siang dan malam aku berharap tak kan ketemu mereka lagi, tapi apakan daya.
Memang takdir hidupku, aku mengambil kertas paling ditakuti oleh pelajar-pelajar building sebanyak dua kali!!!!! Masa tu memang pensyarah yang diberi jolokan Dr tutttt memang mengerunkan. Tiada siapa yang berani bertentang mata mahupun menjadi friendnya di fb, aku sering juga terfikir, kenapa aku masih ketemunya pada semester berikutnya, kini aku tahu jawapannya, Allah ingin aku melihat pensyarah tersebut dari sudut padangan positif. Masa aku mula-mula mengambil kertas tersebut, memang beliau masih ditahap 'berjaga-jaga'. Tiada satupun pelajar yang berani bertentang mata dengannya. Tapi masa tahun kedua aku mengambil kertas tersebut,memang aku jelah yang jadi mangsa dia, memang jadi lauk tiap-tiap minggu kelasnya. Telinga ini aku pekakkan, jujur aku akui, aku memang tak paham langsung subjek dia ajar masa mula-mula ambil kertas tersebut, aku masuk kelas tu kes aku takot!!!!
tapi tahun kedua, aku belajar subjek tersebut, aku paham seketul-seketul apa yang dia ajar, sampaikan aku tak payah study masa nak exam, bukan nak bangga, tapi memang aku dah sedia, aku cuma study bab membaca jek, calculation aku dah tak amik tahu. Masa exam tu dah ketar lutut, awal-awal pagi aku dah jumpa pensyarah tu depan dewan exam, dia sempat pesan kat aku. 'Soalan senang je, tak macam past year, ko boleh jawab' aku terkelip-kelip tengok dia, (background sound katak disitu). Masa dewan exam tu pulak, aku buat-buat bz, sebab lecturer tu melilau jek depan meja repeaters. heh. malu hokay. dahlah student-student first timer semua dok usha kami, sebab repeaters sangat ramai, sudah tentulah mereka tergugat kan. mungkin menjadi seperti kami disemester berikutnya, jangan risau dik. hahkak pekakkan telinge jek masa dalam kelas. kental gitu.hukhuk.
aku cuma amik kata-kata kawan aku,
"sekali sekala kena hentam dalam hidup, tak salah".
masa tu, dalam exam aku dah lama tak ingat dah apa aku belajar, aku cuma ingat apa yang lecturer itu bebelkan dalam kelas, sebijik-sebijik suara dia dalam kepala otak aku. cuba korang imagine, kuat betol pengaruh 'dia' dalam dewan exam, masa menjwab nak habes, time tu la pensyarah tu melilau depan meja senior-senior usang seperti kami-kami. dan-dan tu pulak dia usha kertas aku, korang nak tahu dia cakap apa? eh takyahlah, nanti riak.tapi alhamdulillah, masa keluar result, cukup.cukup buat aku bersyukur. dimana, pensyarah diploma pernah pesan, ada sorang lecturer degree yang ditakuti semua pelajar, aku kenal beliau 3 tahun sebelum aku masuk ijazah, so korang imagine, 5tahun aku kenal beliau secara negatively, tapi tuhan Maha Adil dan Maha Kuasa, aku kenal beliau dari sudut pandangan positif, setiap yang buruk manusia itu ada baiknya, setiap baik manusia itu ada buruknya, kecuali Rasul.
dan sekarang aku teringat, apa yang aku usahakan selama ini adalah perjuanganku kerana Allah Taala, aku bukan masuk ke universiti bukan untuk mendapat jawatan tinggi apabila tamat belajar, bukan untuk glamor mahupun untuk menunjuk-nunjuk, cuma niat aku satu, mendapat ilmu. Perancangan Allah sungguh indah, sehingga aku tidak sedar kemanisan sebuah kekecewaan, kerana aku teringat, aku masuk universiti untuk mendapat ilmu, dan setiap subjek yang aku tak paham, memang konpem aku repeat sampai aku paham, tapi subjek aku paling aku suka tahap karma, subjek construction technology, sebab tak pernah repeat dari zaman diploma. nak tau sebab apa? sebab kena melukis, aku memang suka melukis, kalau tak, takdelah aku apply in architecture kan?