salam,ehe,arini aku nak update pasal resipi antara peberet aku pada tahun nih, iaitu kambeng panggang, amboi kau, kalau dulu aku bukanlah penggemar daging kambing nih sebab tak tahan bau, tapi lepas baca several info-info kesihatan dalam islam, daging kambing antara makanan terbaik untuk dimakan berbanding dengan daging lembu. Aku cuba suka,walaupun dulu tak berapa suka dan last-last aku amat suka! tu lah orang cakap, jangan dibenci,lama-lama jatuh suka kan.
Tak perlu sembang panjang, ni antara rempah-rempah yang aku perap daging tu semalaman ye kawan-kawan.
Bahan-bahan:
Daging kambing,3-4 keping,beli kat supermarket,sekarang range harga 13-17 hengget sekilo
Bahan perap:
4 ulas bawang putih( cincang halus)
1/2 biji bawang besar or holland onion(hiris nipis)
1 sudu teh serbuk lada hitam
2,3 helai daun rosemary(kalau kat tesco,beli yang fresh sepaket singgit lapan)
1/2 sudu mix herb kat kedai bakery dalam 3,4 hengget sebotol
2,3 sudu makan minyak zaitun(kat kedai 1malaysia 10.90sen je ;p sebotol besar)
garam secukup rasa
Sos:
1 ulas bawang putih (cincang halus)
1/2 biji bawang besar or holland onion
2 sudu teh serbuk lada hitam
1 mangkuk stok daging (kalau xde guna stok pati ayam knor je pun boleh)
2 sudu makan tepung jagung,tapi aku suka pakai tepung gandum
garam secukup rasa
2,3 titik kicap pekat untuk warna
minyak or mentega untuk menumis,agak-agak dalam 1 sudu makan
Cara-cara:
Mula-mula perap dulu daging dengan bahan perap tadi, lebih elok kalau semalaman,sebab nanti rasa daging akan lagi sedap!
Bakar seperti biasa daging tu ala-ala bbq,kalau femalas macam aku eh tak reti macam aku nak buat api guna arang, on oven,180 celcius,bakar dalam 25-35 minit,ikut suka korang ada suka medium rare,well done, jangan allready burnt sudah
Nak buat sos pulak,panaskan pan guna mentega or minyak,tumis bawnag putih sampai naik bau dan masukkan bawang besar,then masukan stok daging dan air,ni korang bajet sendiri aku suka pekat,so guna air sikit dalam setengah gelas, masukan serbuk lada hitam, masukkan kicap pekat.
Kalau ada mushroom,cincang halus-halus,masuk lepas sos dah mendidih,tunggu kejap. Masukkan tepung jagung or gandum tadi. masukkan garam ikut selera korang,tutup api.okay,boleh makan dengan kambeng tadi.
kalau korang nak makan dengan sayur,stim brocoli dengan carrot, hidang sekali atas pinggan,kalau rajin,buatlah mashpotato, ;)
ni pic kat bawah,daging aku separa siap,tak sempat plating sebab lapau sangat.ngeeee..adik-adik aku pesan suruh buat lagi.sebab depa-depalah a.k.a chef zubir,chef joe kat rumah,pengkritik tetap masakan aku. mak ayah aku makan je,kang komen lebih-lebih aku sentap.hiks T_T kalau adik-adik komen tak sontap sangat
tapi aku rasa aku memang suka makan benda panggang la tahun 2012 nih, kunun nak kurang kalorie letewww