last 2 weeks..a day after finish kursus kat Lumut, i 've went to book shop.sebab nak clearkan semua voucher student yang saya dapat, he he he first time kan beli buku lebih dari 2ratus..selalu paling mahal buku 150 jep T_T..biasalah hidup sebagai pelajar..duit kena planning betul-betul nak beli apa..(cakap pasal buku terus planning,cuba citer pasal kasut,ilang planningnye kan) ngeee
saya beli 6 buku dengan guna voucher dan novel tu sebenarnya,tulun menyibuk,sebab tu guna duit sendiri.kakak kirim. Tapi orang dah beli tak jadi amik..kuikuik..so tak dapatlah claim RM19.90..hu hu hu..(tiba-tiba pasal buku jadi berkira)
Tapi kan.ader drama swasta terjadi masa kat kaunter..amoi cashier cakap voucher saya tak valid sebab ada salah potong apa entah,but tu eceli saya silap tulis,confused either kad Pengenalan Pelajar, atau kad PEngeNalan milik Peljar..mAklumler hahkak kan BM tahap darjah satu..kui3..pastu masa tunjuk kat akak opis,die cakap okay je.tup tup kat kedai buku menada-nada lak..terus jumpe manager..kekeke..manager tu takot kot tengok saya yang muka selenge yang ala2 ajak gaduh,terus dia kata "okay,u can use the voucher"..terus saya bagi tenungan makrifat kat hamoi tu...kan hahkak cakap..jangan dijolok sarang tebuan..ngeeee...suka-suki jek kan.sebab kedai buku tu memang tidak bawak tuah,sebab kat kedai buku tu jugak lah saya hampir atau nyaris diorang cakap saya nak mencuri..hello..i nak beli okay..sebab lama sangat kot.okay..fine masa tu tunggu adik datang,sebab kami janji nak tengok wayang. thn,adik datang lambat sejam.saya melilau kat tempat novel. Tetiba lak datang pekerja kedai.ala-ala checking..hahkak pun geram terus rembat buku,kotak,pen,writing paper. yang kesemuanya berjumplah 60 hengget..T_____T lagi sekali JANGAN DIJOLOK SARANG TEBUAN. ngeeeee...nampak je saya cool sesejuk coolblog..tapi..tapi begitulah they always judge peeps by its cover,akak yang pakai siper jepun nilah yang kena.
eh..ni citer beli buku ke,citer kene tuduh mencuri..ah belasah jeklah..janji ada perkataan buku dan kedai buku..ngeee..peace yo!
Sunday, February 26, 2012
Thursday, February 23, 2012
from lumut with love.
salam,haisss...... lama jugak tinggal awak kan cik belog? kesian dah beberapa hari tak hapdet.Sibuk sikit sekarang, ulang-alik kesana-sini sebab kakak saya nak tunangan kan..saya kan PA tak berbayar, haruslah seikhlas hati menjalankan kewajiban. hukhuk..
so last week saya attend kursus held by UiTM, ni diorang buat khas untuk ex-student,or fresh graduate,masih belajar.
Sampai-sampai opis, puan lecturer cakap,dia open untuk 2 peserta sahaja,kiranya first come,first serve. Saya pun tergerak hati nak isi, kalau difikirkan sepanjang belajo 6 tahun,jangan harap la saya nak join apa-apa kursus yang dijalankan kat Uni kan.Pemalas giler-giler. Sebab isi pun,sebab tengok venue kat Lumut, otel pulak tu ,memang niat nak pi oliday jeklah kan...cerita tak habes disitu. Main-main isi, then,lama jugak tunggu jawapan, sebab diorang ada online interview,diorang bagi soalan cepucemas yang kena jawab, eceli saya ni,minat jugak seposen dua nak niaga, tambah-tambah kalau mende pasal fashion, i loike! Tapi pendam dalam hati jelah..Tak berani nak luah kat sesapa, sebab selalu orang luah kat saya, saya tak sempat nak luah kat orang.T_T
Tup-tup dapat SMS kat enset 'Tahniah, anda terpilih untuk menghadiri kursus anjuran MASMED UiTM'...masa tu dah cuak,sebab niat 60% nak cuti-cuti malaysia dan 40% nak belajar ilmu baru... Mulalah gelabah tenuk kan,call memember,confused! Nak pergi tak,ikot hati nak let go, lepastu dengar cakap Amy, dia cakap peluang dan rezeki yang diberi jangan ditolak, Lagipun makan,minum,tidur orang seponser, So dengan rela hatilah saya, mengemas baju-baju, kasut sepot,tracksuit (yang bezaman takpakai),serta baju2 kebangsaan.ngeee....
Hotel kat sini okay la kan. diorang bagi apartment room, 3bilik 2 toilet, maklumler nak tido 4 malam kan. So haruslah selesa, bilik kami pulak mengadap laut,sangat-sangat cool.ngadap laut ngn theme park..hiks.feeling Izzah ombakrindu.
Pasal kursus?
Dah namanya kursus.haruslah mengantok..den makan gegula selang 10minit..Tapi peratus minat saya pasal entrepreneur dah up..dri 40% jd 80%..dah xminat nak main2.okaylah kan..diorg bgi info pasal flow how to set up bisnes,how to find financial, how to sustain the bisness..dan paling den suko..time activity dlm kumpulan..sebab apa,sebab xmengantok..ngeee.dapat bangun,jalan-jalan, gelak2,tambah-tambah kalu group memang sekepala..hiks!
Makan?
Makan memang seronok,menyantap 5 kali sehari,memang perut full sentiasa.tu pun pihak hotel complain,makanan tak habes..ngeee..Malam balik paling best la kan.bbq sakan..sume makan tak hengat dunia la kan..hiks...eh i apahal post arini banyak perkataan 'hiks',ah biorlah..tuk mengambarkan keseronokan saya ketika makan.
Riadah?
Ni la paling best,sebab tak mengantok.sebab boleh main air free..yipi..yipi...3ari main air..mau tak hengat nak naik..dan mestilah memakai baju menutup aurat,sebab bebudak lelaki pon join the venture main polo air..cuma saya tak aktif sangat,sebab pakai contact lense..takot air masuk mata..haru ko.kalau mata merah..dahla resort entah dok celah mana..macam isolated area pun ada.
Kawan?
sangat-sangat best! mula-mula sampai haruslah sombong,tak kenal..ahaaa...dah kenal sayang nak lepas semua..tapi biasalah bila course lain-lain bercampur.macam-macam perangai ada..tapi overall umor 24,25,26,haha sume dah baya2 mak budak,bapak budak. Paling takleh blah..masa mula-mula kenal la.sume status single,mingle,jingle.dah bukak fb..bukan main korang kan..in relationship tu toksah ckp,yg engaged,married pun ade..tak pepasal sume perli2 kat page group.skali ingat lawak,dua kali ingat sume kontrol saham..
Pic..ahaaa...meh sini..ni part yang korang tunggu-tunggu kan?
Saya tak selit pic awal2 sebab malas nak drag satu-satu..kekeke..ni pun malas nak tulis..tapi rasa macam nak tulis,sebab ni happy moment saya, haruslah saya ceritakan.sebab tak boleh lupa..dapat 37 kawan baru!
ni masa sesi senaman,sebab sume mengantok..huhu |
rase nak lempang bila buat muke mcm tu#org kat tengah tu.ni org blakang saya |
sesi baju beragam. |
Thursday, February 16, 2012
kesian..
salam,hai alls...
kesian...kesian betol...tadi pagi mak suruh kiter timbang berat,sebab mak cakap dah naik bebenor badan ku nih...isy..isy..mak tau kan..semakin ari semakin sihat anak mak ni..ngeee...so dengan lafaz bismillah,saya naik ler penimbang setia umah tu..dush..dush..dush...rasa pengsan sedar dan pengsan dan sedar..ok fine..naik lagi 3kilo..okay fine..salahkan kursus yang kita pergi tu,sebab hotel tu jamu makan 4 kali sehari.dan dorang complaint kami makan tak habis,so sebagai penguna yang bijak saya telah makan melebihi had yang telah ditetapkan..ngeee...#statementtanparasabersalah
pastu mak ajak pi kedai,eh mall dia nak belikan jeans baru,sebab sadis,jeans anaknya sudah koyak dan mak kesian sebab jeans koyak ni la.anak dia penah diperkotak-katikan seperti ayam serama kat kedai kasut,sebab serabai pakai jeans koyak..ngeee
pastu masa balik rumah,dah lewat malam dah.lalu kat port parking basikal,isy..isy..kesian ko besikal..tuan ko abaikan dah 6bulan,,takde orang nak naik ko kan besikal..okaylah cik besikal..esok tuan ko bawak pi jejalan,arap-arap ko tak buat hal,sebab tuan ko tak sekecik dan seringan dulu....kesian ko besikal..ko kene janji,esok ko bagi tuan ko bepeluh banyak-banyak. T___T
xoxo
luahan hati wanita tuan besikal..yang impikan badan seringan dahulu.
Monday, February 6, 2012
ke Sweden la kiter(Roasted Chicken with Swedish Black Pepper Sauce)
salam, hello hai!pagi,pagi? ya morning...mata takleh tido la pulak malam ni.tak tahu. So apa nak cerita ya malam, eh pagi ni. Ohyar, disebabkan tangan asyik dok belek website Jamie Oliver je..So semalam kebetolan pulak saye 'termasak' roasted chicken with Swedish Black pepper sauce..huhu..Sebab tengahari dah makan nasik banyak,so i feels like to have something lighter then nasi yang boleh menyebabkan saya bertambah 2,3 pinggan kan!
So petang semalam, pukul 6 setengah dah start masak sebab pukul 7.30 kiter nak tengok travelog airasia kan.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah:
Ayam, kalau boleh bahagian dada,peha atau kepak atau sukahati nak bakar seketol sekor pun boleh.
first step adalah ayam akan direbus untuk dapatkan chicken broth dan juga nak bagi ayam betol-betol masak
Bahan A(merebus ayam)
Holland Onion-sebiji dipotong empat
Celery-dipotong kecik-kecik
Air 4 cawan,suka hati cawan apa nak guna,bukan arcopal pun jadi,kan i cakap nak cawan Royal Doulton,kene book flight nak pergi Uk beli cawan n saucer rege 30 pound sepasang.ngeeee
Next
Bahan B( bahan perapan ayam)
Ayam(yang direbus tadi)
Salt
Black Pepper
Kicap pekat
Sedikit Rempah ratus,(kalau ada boleh letak,macam rosemary,bay leave,oregano)
Olive Oil
Parmesan Cheese(ni saya suka-suka letak sikit,nak invent resipi baru katakan)
Parmesan Cheese(ni saya suka-suka letak sikit,nak invent resipi baru katakan)
Bawang Putih dihiris nipis
Holland Onion
Sedikit butter untuk bagi rasa lemak2
Holland Onion
Sedikit butter untuk bagi rasa lemak2
Next
Bahan C(Sauce)
Bahan C(Sauce)
2 sudu besar tepung gandum yang telah dibancuh dengan air
1 sudu tepung jagung dibancuh dengan air(kalau takde pun takpe)
2 sudu teh ground black pepper
sedikit garam
butter untuk menumis
heavy cream(kalau takde guna susu segar dalam 3 sudu besar)
3 cawan chicken broth tadi yang telah ditapis
3 ulas minced garlic
4 biji button mushroom dihiris nipis
Cara-cara:
1) Basuh ayam dengan tepung gandum untuk elak hanyir.
2)Potong semua bahan-bahan A dan masukan ke dalam periuk dan 4 cawan air
3)Rebus dalam 10 minit, dan keluarkan ayam, stok ayam pelru ditapis untuk elak lemak buih yang timbul masuk dalam sauce nanti
4)Seeloknya marinate ayam dengan black pepper, garam,kicap pekat, all spices, onions,garlics lebih kurang 2 jam awal.
5)Panaskan oven 180 celcius, dan 15 minit
6)masa nak masukan ayam, baru renjis olive oil, tabur butter, dan parmesan cheese(kalau xde cheese pun boleh)
6)masa nak masukan ayam, baru renjis olive oil, tabur butter, dan parmesan cheese(kalau xde cheese pun boleh)
7) Turunkan suhu hingga 150 celcius dan bakar 30 minit.
8)Semasa bakar, boleh mula memasak sauce
9)Cairkan butter dalam 2 sudu, tumis bawang putih yang dicincang halus, sampai garing dan naik bau.
10)Masukkan chicken broth dan kesemua tepung-tepung yang telah dibancuh dengan air.
11)Biarkan mendidih
12)Masukkan ground black pepper, salt dan heavy cream atau susu serta button mushroom.
13)Biar mendidih, dan tutup api.
*14) Kalau ada french fries,boleh la goreng french fries ye kawan-kawan.
So ,pukul 7.45 baru siap masak, tapi mata gi jeling-jeling jugak kat tv..ngeee...takpe .sause kene kacau sikit-sikit je. Lepas isyak baru we all have dinner ala2 mat salih sambil minum teh o suam..perghhh tersandar sambil tengok hindustan Hum Sath Sath Hai.
Oh gambar,hampir lupa,,ngeee..haruslah bergambar dan menyebabkan korang yang bukak belog saya pukul 3,4 pagi cepat-cepat pergi dapur,cari makanan..=p
Sunday, February 5, 2012
hari kekasih Kita
Salam, good morning everyone, today is 12 rabiul awal in Muslim Calendar, which is a pleasant day for all muslim to celebrating Maulidur Rasul. Our last Prophet,Muhammad Abdullah. Without him, Islam can't be spreads all over the world, his biography is the best guide for me in living in this world n hereafter....
oklah..cukup disitu.tu adalah ayat yang saya gunakan masa essay masa zaman spm..ngeeee..
arini marilah rakan-rakan, memanjatkan kesyukuran kepada Ilahi,kerana diberi 'berlian' or priceless diamond yang banyak membantu umat islam meneruskan kehidupan. Saya tak tahulah, the best person i adore, is him! (Kalau entry lepas2 tu pasal jejaka ai prasantan tu cuma khayalan) secara realitinya, saya ingin mencontohi keperibadian beliau, kesemua perkara positif ada pada baginda! Serasa saya pun, baginda hanya sesuai diguna kepada Rasulullah dan semua pejuang islam yang lain sahaja.
Sebut saja, bagaimana hendak menjadi anak soleh?
NABI MUHAMMAD S.A.W ORANGNYA!
Sebut saja, bagaimana hendak menjadi belia yang berwawasan?
NABI MUHAMMAD S.A.W ORANGNYA
Sebut saja, siapa pemimpin paling adil?
NABI MUHAMMAD S.A.W ORANGNYA
Sebut saja, lelaki paling dihormati, romantik,kasih dan melindungi isteri-isterinya?
NABI MUHAMMAD S.A.W ORANGNYA
Sebut saja, bapa yang paling wajar dicontohi?
NABI MUHAMMAD S.A.W ORANGNYA.
Sebut saja, siapa pahlawan paling bijak dan berani di medan perang menegakkan syiar islam?
NABI MUHAMMAD S.A.W ORANGNYA
Jika saya nak menulis lagi, tak terkira hebat peribadi beliau, semulia-mulia insan dimuka bumi ini adalah baginda, dan insan yang paling berpengaruh di dalam sejarah dunia. Seperti yang diakui juga oleh karyawan barat, Nabi Muhammad menduduki carta nombor satu sehingga kini.The 100: A Ranking of the Most Influential Persons in History,Michael H. Hart. Dulu semasa masih muda belia, saya diasuh,dididik dengan sejarah/sirah nabi. kenapa kita perlu belajar sirah? Mudah sahaja jawapannya, agar kita dapat mencontohi pemikiran,keteguhan iman dan cara hidup pejuang islam terdahulu. Lately, setiap kali berdoa kepada Ilahi, tiada ucapan lain yang saya doakan semasa pengakhiran doa, bersyukur kerana dilahirkan islam dan memohon Allah s.w.t tidak melupakan saya akan Rasul teragung. Bila dilanda masalah besar,selalu juga saya bermuhasabah diri, masalah saya hadapi cukup kerdil jika hendak dibandingkan masalah yang dihadapi Rasulullah,seorang anak yatim, berjuang berhabis-habisan untuk menyebar,mengukuh syiar Islam.
Alhamdulilllah, sekarang siaran-siaran tv banyak menyiarkan program bekaitan Islam, tidaklah terlampau banyak hiburan yang kadang-kadang yang akan mengeringkan lagi jiwa seseorang individu. Alhamdulillah juga saya tinggal di Malaysia, dimana Islam masih teguh dianuti oleh semua muslimin, Namun ,setiap kali saya ke luar negara, saya menjadi risau, tambah-tambah jika berkunjung ke negara minoriti Islam, resah sebab LANGSUNG tidak akan mendengar seruan azan, resah kerana dihimpit orang-orang yang bakal mengugat iman kita! Lidah sentiasa bertasbih dan hati sentiasa berzikir mengingati Allah, agar tidak terlintas untuk melakukan perkara yang boleh mengelincirkan hati! Mana lah tahu kan! Manusia, iman setipis bawang!
Dihari yang mulia ini, sebaiknya marilah sama-sama kita mengorbankan masa seminit dua untuk berselawat! Tidak susah, hanya tutur kata dari lidah dan hati. Tanda ingatan kepada pejuangan baginda! Jika tiada baginda,siapalah kita dihari ini?
xoxo
pernah saya cerita kepada ibu, ingin mencari lelaki seperti Rasulullah untuk dijadikan suami
ibu cakap, tiada lelaki dapat menandingi Rasulullah, hatta ayahmu juga. Carilah lelaki yang menjadikan Rasulullah sebagai idol,bukan David Bechkam, Trump atau etc. ^_^v
oklah..cukup disitu.tu adalah ayat yang saya gunakan masa essay masa zaman spm..ngeeee..
arini marilah rakan-rakan, memanjatkan kesyukuran kepada Ilahi,kerana diberi 'berlian' or priceless diamond yang banyak membantu umat islam meneruskan kehidupan. Saya tak tahulah, the best person i adore, is him! (Kalau entry lepas2 tu pasal jejaka ai prasantan tu cuma khayalan) secara realitinya, saya ingin mencontohi keperibadian beliau, kesemua perkara positif ada pada baginda! Serasa saya pun, baginda hanya sesuai diguna kepada Rasulullah dan semua pejuang islam yang lain sahaja.
Sebut saja, bagaimana hendak menjadi anak soleh?
NABI MUHAMMAD S.A.W ORANGNYA!
Sebut saja, bagaimana hendak menjadi belia yang berwawasan?
NABI MUHAMMAD S.A.W ORANGNYA
Sebut saja, siapa pemimpin paling adil?
NABI MUHAMMAD S.A.W ORANGNYA
Sebut saja, lelaki paling dihormati, romantik,kasih dan melindungi isteri-isterinya?
NABI MUHAMMAD S.A.W ORANGNYA
Sebut saja, bapa yang paling wajar dicontohi?
NABI MUHAMMAD S.A.W ORANGNYA.
Sebut saja, siapa pahlawan paling bijak dan berani di medan perang menegakkan syiar islam?
NABI MUHAMMAD S.A.W ORANGNYA
Jika saya nak menulis lagi, tak terkira hebat peribadi beliau, semulia-mulia insan dimuka bumi ini adalah baginda, dan insan yang paling berpengaruh di dalam sejarah dunia. Seperti yang diakui juga oleh karyawan barat, Nabi Muhammad menduduki carta nombor satu sehingga kini.The 100: A Ranking of the Most Influential Persons in History,Michael H. Hart. Dulu semasa masih muda belia, saya diasuh,dididik dengan sejarah/sirah nabi. kenapa kita perlu belajar sirah? Mudah sahaja jawapannya, agar kita dapat mencontohi pemikiran,keteguhan iman dan cara hidup pejuang islam terdahulu. Lately, setiap kali berdoa kepada Ilahi, tiada ucapan lain yang saya doakan semasa pengakhiran doa, bersyukur kerana dilahirkan islam dan memohon Allah s.w.t tidak melupakan saya akan Rasul teragung. Bila dilanda masalah besar,selalu juga saya bermuhasabah diri, masalah saya hadapi cukup kerdil jika hendak dibandingkan masalah yang dihadapi Rasulullah,seorang anak yatim, berjuang berhabis-habisan untuk menyebar,mengukuh syiar Islam.
Alhamdulilllah, sekarang siaran-siaran tv banyak menyiarkan program bekaitan Islam, tidaklah terlampau banyak hiburan yang kadang-kadang yang akan mengeringkan lagi jiwa seseorang individu. Alhamdulillah juga saya tinggal di Malaysia, dimana Islam masih teguh dianuti oleh semua muslimin, Namun ,setiap kali saya ke luar negara, saya menjadi risau, tambah-tambah jika berkunjung ke negara minoriti Islam, resah sebab LANGSUNG tidak akan mendengar seruan azan, resah kerana dihimpit orang-orang yang bakal mengugat iman kita! Lidah sentiasa bertasbih dan hati sentiasa berzikir mengingati Allah, agar tidak terlintas untuk melakukan perkara yang boleh mengelincirkan hati! Mana lah tahu kan! Manusia, iman setipis bawang!
Dihari yang mulia ini, sebaiknya marilah sama-sama kita mengorbankan masa seminit dua untuk berselawat! Tidak susah, hanya tutur kata dari lidah dan hati. Tanda ingatan kepada pejuangan baginda! Jika tiada baginda,siapalah kita dihari ini?
xoxo
pernah saya cerita kepada ibu, ingin mencari lelaki seperti Rasulullah untuk dijadikan suami
ibu cakap, tiada lelaki dapat menandingi Rasulullah, hatta ayahmu juga. Carilah lelaki yang menjadikan Rasulullah sebagai idol,bukan David Bechkam, Trump atau etc. ^_^v
Saturday, February 4, 2012
#memasak1 lauk bujang
salam,hello hai. ntah kenapa la ari sabtu nan indah n ai nak share resipi peberet ai.(gedik disitu apabila guna ai). Okay ni lah resipi yang menyebabkan saya akan menambah 3,4 kali, serius ini tidak tipu. Tambah-tambah kalau nasik tengah panas & ada air oren sejuk-sejuk. Cukup satu lauk ni pun saya selera macam tak makan seminggu nasi.
Okay,ini dinamakan, ayam masak merah style mak saya.
sebab mak saya yang ajar buat masakan ni, sebab,senang anak dia nak masak dimana-mana ceruk dunia. Okaylah puan-puan,adik-adik,akak-akak. Bahan yang diperlukan untuk menghasilkan sepinggan ayam masak merah untuk 2 orang makan adalah :
BAHAN
Ayam 5,6 ketul
garam + kunyit (untuk goreng ayam)
3-4 ulas bawang merah(boleh hiris atau tumbuk)
1 ulas bawang putih
4-5 sudu besar pes Cili kering (yang direbus dahulu,tapi umah saya dah rebus n blend siap2 sekilo)
1/2 sudu teh gula
sedikit air asam jawa,sukatan,1 sudu teh
1 sudu besar sos cili
sedikit belacan
sedikit aji no moto atau boleh diganti dengan hirisan bawang besar
1 biji tomato segar
sedikit air untuk menumis
> masa penyediaan,setengah jam,make sure focus,kalau tak mau sejam rakan2.
LANGKAH:
1 Goreng ayam hingga bertukar warna kekuningan,kalau nak tau ayam dah masak, sampai kulit ayam kering and xde basah2.(dalam 10 minit)
2 Tumis bawang merah,bawang putih hingga naik bau,warna keemasan.Masa panaskan minyak api kuat n masa nak masukan bawang perlahankan api ye kawan-kawan. Baca bismillah ye!
3Masukkan cili kering kisar tadi dan kacau-kacau dalam setengah minit, dan terus masukan terus gula sebab nak bagi dia 'caremelize' nanti color jadi merah gelap2 gitu!
4Masukkan sedikit air,dalam sesudu dua, kang tak cakap korang masukan segelas..boleh jugak.tapi jenuh nak nunggu ye! Terus tuang air asam jawa ye.
5 Tunggu sampai pecah minyak, nak tau pecah minyak, bila minyak berpisah dengan sambal,minyak tu bertukar warna merah sikit2.
6 Masukkan cili sos, belacan,garam,pak aji.. gaul hingga sebati,dalam 3,4 minit,masukkan ayam, golek2 ayam dalam kuali, rasa sikit, ye rasa dengan tangan ye, jangan sesekali guna senduk, sebab melanggar adat didapur ye!
7 Masukan tomato, setengah minit kemudian tutup api, tomato tu boleh belah 4@ 6 ye kawan-kawan, kalau xnak pun xpe..Saye letak sebab tomato dah nak kecut dalam peti ais..ngeee
so inilah pic terhaslnya ayam masak merah mak saya!
nota penting disini:
pastikan bawang ditumis garing,kalau tak nanti pahit.
letakkan gula awal2 proses,sebab nak kasi color umphhhhhh
kurangkan pengunaan minyak..^_^
dimakan dengan nasi panas2 kalau nak feeling best!
Friday, February 3, 2012
susun silang kata
salam,hello hai. gud day everyone.
susun silang kata? herm..mesti korang terfikir-fikir memikirkan apa itu susun silang kata, if i says scrabble,kenal tak? Hah kenal kan.
So last night,suddenly i was berangans2 sesorang dalam bilik,eh bukan berangan i was thinking! berfikir untuk mencari idea, yup,saya selalu macam ni. Itulah cara saya lakukan untuk mencari idea dari kecik,sampai masuk sekolah,sampai masuk uni,sampai...ah cukuplah..kalau banyak, Rasa dah tua gila diri ni kan!hehe
Okay back to the story, last night,i turned i-tune to shuffle mode. So lagi ikut suka hati la pasang, kalau lagu jiwang, tangkap leleh kejap, kalau lagu rock kapak,terkapai-kapai disitu cuba catch up dengan lirik yang rasa taklayak seorang bermuka rempit menyanyikan lagu syahdu. bila tetibe lagu nasyid terus insaf .T_T#malam jumaat layan lagu huhahuha..orang lain baca quran,ko layan lagu.
Masa lagu dok tukar,tukar,tetiba dia mainkan susun silang kata, eh lagu tau.malas nak backspaceT________T #padahal tulis macam ni menyebabkan diriku lagi panjang nak bagi alasan.Ok fine! Oh back on track before ai merapu2 kan, lagu tu mula-mula dengar saya selalu enjoy the music not the song, sebab saya ni bukan jenis orang yang particular sangat tang lagu, dengar music best layan, tak tengok dah maksud lagu, cuma certain lagu je saya teliti. Macam AJL aritu, semua lagu yang bertanding saya study maksud lirik die ngeeeee..Berbaur gigih disitu, haruslah gigih sebab ini bukan main-main, ini melibatkan maruah pencipta lagu yang dianugerahkan oleh Ilahi nikmat untuk berkarya...perghh ayat tak hengat.
Ok back to the songs, lagu ni not bad la..dia boleh diceritakan mengenai seseorang yang mencari cinta. Korang pernah tengok cerita the bacheloratte tak? Citer zaman dolu-dolu, yang saya ingat Brooke Shield turut belakon. Dia cerita pasal lelaki ni, handsome,dahlah handsome jutawan pulak tur, tapi sayang dia tiada pasangan serasi bersama, maybe sebab dia tak masuk sehati berdansa kot,,,ngeee, lepas tu dia ada buat announcement kat tv sape-sape yang sudi kahwin dengan dia, akan dapat duit lebih kurang macam tu la. .Punya la this guy cari, macam-macam halangan dia tempuh, last-last rupanya cinta sejati dia adalah rakan baik dia sendri yang selama ni support hidup dia. Macam main susun silang kata, korang dah hank dah ni. tak tahu nak buat perkataan apa nak dapatkan 10markah ni. Kawan-kawan lain semua dah settle part diorang, kita masih cari2 garu kepala, siap tukar 2,3 huruf ngan member masih tak dapat, text mak, tanya nak wat perkataan apa dengan huruf-huruf yang ada,lepas tu, mak xreply text, text pulak kakak-abang-adik, diorang tak reply jugak sebab diorang sibuk ngan keje. Korang rasa nak give up,lepas tu dok susun-susun suka hati, korang dah macam takde harapan nak menang, masa tu la dapat perkataan yang korang tak sangka-sangka akan layak dapat markah kan? Panjang lebor bebenor explaination ai kan!
So back to the song, macam la bercinta, tak kira la korang bercinta sakan, mencari cinta 100%, tup tap dengan orang ni confident dia akan jadi laki kita, last-last tak bersama jugak kan. Korang dah rasa give up, lepas tu korang wat-wat tak tahu la pulak dengan perihal cinta dalam idup, fokus pada kerja, study or family. Then tetiba lepas tu korang jumpa insan yang tak disangka-sangka, mungkin korang tak bercinta n terus kahwin,mungkin korang kapel sekejap n terus kahwin. Pastu gadis/ jejaka tu memang orang you tak sangka-sangka,kalau dipikirkan akal susah nak jumpa, sorang kat Kedah,sorang kat Johor ,lepas tu ada pulak ,naik kete, tayar pancit, lepastu ada kete berhenti,ada sorang mamat ni tolong tukarkan tayar, siap hantar ke tempat dituju, lepas tu tukar number phone, calling2 then kapel, ada jugak yang kawan anak sedara belah sepupu jiran belakang rumah 10 tahun lepas, jumpa kat kenduri, borak-borak rupanya ada bau belacan....ok fine. tu kita namakan jodoh ye kawan-kawan, penat describe. Tak boleh guna bahasa simple sket ke, ohyer kadang-kadang manusia perlu something yang complicated untuk difahami kan? Sebab kalu simple-simple ni dia tak pikir moral of the story, even orang melayu katakan ikan dilaut,asam didarat, dalam periuk bertemu jua kan.kan..korang akan pikirkan..auh sedapnya asam pedas ikan kembong letak asam banyak2...hehehe..
So, bila tiada pasangan, jangan difikirkan anda seorang loser, kerana mungkin Allah merencanakan perkara yang lebih baik. Bersangka baiklah kepada Maha Pencipta. ^_^v
Thursday, February 2, 2012
tak cukup kertas
salam hai ollssss...
good day..arini okay jek..den takdo sontap-sontap.sobab kalu den sontap,den sontap kojap jo..takdo minggu-mingu. Lagipun den sibok bona ni aih. Nak balik jumpo omak den, bapak den..So(isy terus hilang umph nogori biler ader 'so'.ah blasah jo lah), So, den tongah list down makanan den nak request kek omak den, die biso bona dalam bab-bab masak ni aih.(pelikss disini,adakah dalam bahasa nogori 'aih' itu wajib dalam pengakhiran ayat? #abaikan).
Biar maso tu jauh lagi, tapi den nak prepare awal-awal sobab kalau den balik samo ngan kakak den,adik den yg dok ostel,konpom makanan den akan diabaikan dulu, dan semestinya den tak gomar bona ngan nasik ayam. Even adik boradik den makan besolero aum aum nasik ayam,den totap tak gomar,kek kodai pun den avoid nasik ayam.ngeeee
So,ni list pendek den nak mak den masakan:
good day..arini okay jek..den takdo sontap-sontap.sobab kalu den sontap,den sontap kojap jo..takdo minggu-mingu. Lagipun den sibok bona ni aih. Nak balik jumpo omak den, bapak den..So(isy terus hilang umph nogori biler ader 'so'.ah blasah jo lah), So, den tongah list down makanan den nak request kek omak den, die biso bona dalam bab-bab masak ni aih.(pelikss disini,adakah dalam bahasa nogori 'aih' itu wajib dalam pengakhiran ayat? #abaikan).
Biar maso tu jauh lagi, tapi den nak prepare awal-awal sobab kalau den balik samo ngan kakak den,adik den yg dok ostel,konpom makanan den akan diabaikan dulu, dan semestinya den tak gomar bona ngan nasik ayam. Even adik boradik den makan besolero aum aum nasik ayam,den totap tak gomar,kek kodai pun den avoid nasik ayam.ngeeee
So,ni list pendek den nak mak den masakan:
- ASAM PODAIH IKAN SIAKAP( bukan den demanding ikan mahal,sbb bapak den suko beli ikan ni)
- DAGING MASAK TAUCU(borapi den cakap kek ekau)
- AIR ASAM PERUT
- SUP TULANG
- SUP AYAM KAMPUNG
- UDANG MASAK PETAI
- IKAN SEMILANG MASAK PEDAS
- NASI KERABU
- MEE BANDUNG
- MEE KARI
- MEE SUP
- KEK PUDING SPAN
- KERUTUK DAGING
- SAMBAL BELACAN
- DAGING MASAK KICAP
- KARI IKAN(ni kalau cicah roti bulat,mau seperiuk abes)
- STEW DAGING
- TOM YAM(sebab mak kita wat buh byk lauk dari sampah
) - NASI DAGANG
- LONTONG(kek umah den,lontong adalah makanan selalu dimakan,tak yah tunggu rayo)
- er...er xdo lagi aih idea apo den nak makan.
So overall, tersorlahlah disitu bahawasanya den suko makanan berasakan daging..ngeh..ngeh..ngeh..sobab den tak ghoti nak boli daging kalu kek kolumpo...-_-
certain makanan den ado torai masak sndri,nanti den upload pic n resipi yo..ni den tongah lapa gilo,so taknak seksa perut den yang sudah berlagu "tolong kami,,bantu kami....",,kalu den tulis kek kotah(kertas) mau tak cukup list kan..kan..
sebab maa balik umah,kami adik beradik biasanya akan tampal kertas list makanan yang kami nak makan kat peti ais...ngeee...juling uolsss my mum tengok, bukan juling apo..juling sobab anak nak makan macam2 dan kami nak 100% mak masak,bukan kedai masak.ngeeeee
XOXO
Subscribe to:
Posts (Atom)