So petang semalam, pukul 6 setengah dah start masak sebab pukul 7.30 kiter nak tengok travelog airasia kan.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah:
Ayam, kalau boleh bahagian dada,peha atau kepak atau sukahati nak bakar seketol sekor pun boleh.
first step adalah ayam akan direbus untuk dapatkan chicken broth dan juga nak bagi ayam betol-betol masak
Bahan A(merebus ayam)
Holland Onion-sebiji dipotong empat
Celery-dipotong kecik-kecik
Air 4 cawan,suka hati cawan apa nak guna,bukan arcopal pun jadi,kan i cakap nak cawan Royal Doulton,kene book flight nak pergi Uk beli cawan n saucer rege 30 pound sepasang.ngeeee
Next
Bahan B( bahan perapan ayam)
Ayam(yang direbus tadi)
Salt
Black Pepper
Kicap pekat
Sedikit Rempah ratus,(kalau ada boleh letak,macam rosemary,bay leave,oregano)
Olive Oil
Parmesan Cheese(ni saya suka-suka letak sikit,nak invent resipi baru katakan)
Parmesan Cheese(ni saya suka-suka letak sikit,nak invent resipi baru katakan)
Bawang Putih dihiris nipis
Holland Onion
Sedikit butter untuk bagi rasa lemak2
Holland Onion
Sedikit butter untuk bagi rasa lemak2
Next
Bahan C(Sauce)
Bahan C(Sauce)
2 sudu besar tepung gandum yang telah dibancuh dengan air
1 sudu tepung jagung dibancuh dengan air(kalau takde pun takpe)
2 sudu teh ground black pepper
sedikit garam
butter untuk menumis
heavy cream(kalau takde guna susu segar dalam 3 sudu besar)
3 cawan chicken broth tadi yang telah ditapis
3 ulas minced garlic
4 biji button mushroom dihiris nipis
Cara-cara:
1) Basuh ayam dengan tepung gandum untuk elak hanyir.
2)Potong semua bahan-bahan A dan masukan ke dalam periuk dan 4 cawan air
3)Rebus dalam 10 minit, dan keluarkan ayam, stok ayam pelru ditapis untuk elak lemak buih yang timbul masuk dalam sauce nanti
4)Seeloknya marinate ayam dengan black pepper, garam,kicap pekat, all spices, onions,garlics lebih kurang 2 jam awal.
5)Panaskan oven 180 celcius, dan 15 minit
6)masa nak masukan ayam, baru renjis olive oil, tabur butter, dan parmesan cheese(kalau xde cheese pun boleh)
6)masa nak masukan ayam, baru renjis olive oil, tabur butter, dan parmesan cheese(kalau xde cheese pun boleh)
7) Turunkan suhu hingga 150 celcius dan bakar 30 minit.
8)Semasa bakar, boleh mula memasak sauce
9)Cairkan butter dalam 2 sudu, tumis bawang putih yang dicincang halus, sampai garing dan naik bau.
10)Masukkan chicken broth dan kesemua tepung-tepung yang telah dibancuh dengan air.
11)Biarkan mendidih
12)Masukkan ground black pepper, salt dan heavy cream atau susu serta button mushroom.
13)Biar mendidih, dan tutup api.
*14) Kalau ada french fries,boleh la goreng french fries ye kawan-kawan.
So ,pukul 7.45 baru siap masak, tapi mata gi jeling-jeling jugak kat tv..ngeee...takpe .sause kene kacau sikit-sikit je. Lepas isyak baru we all have dinner ala2 mat salih sambil minum teh o suam..perghhh tersandar sambil tengok hindustan Hum Sath Sath Hai.
Oh gambar,hampir lupa,,ngeee..haruslah bergambar dan menyebabkan korang yang bukak belog saya pukul 3,4 pagi cepat-cepat pergi dapur,cari makanan..=p