Salam, good morning everyone, today is 12 rabiul awal in Muslim Calendar, which is a pleasant day for all muslim to celebrating Maulidur Rasul. Our last Prophet,Muhammad Abdullah. Without him, Islam can't be spreads all over the world, his biography is the best guide for me in living in this world n hereafter....
oklah..cukup disitu.tu adalah ayat yang saya gunakan masa essay masa zaman spm..ngeeee..
arini marilah rakan-rakan, memanjatkan kesyukuran kepada Ilahi,kerana diberi 'berlian' or priceless diamond yang banyak membantu umat islam meneruskan kehidupan. Saya tak tahulah, the best person i adore, is him! (Kalau entry lepas2 tu pasal jejaka ai prasantan tu cuma khayalan) secara realitinya, saya ingin mencontohi keperibadian beliau, kesemua perkara positif ada pada baginda! Serasa saya pun, baginda hanya sesuai diguna kepada Rasulullah dan semua pejuang islam yang lain sahaja.
Sebut saja, bagaimana hendak menjadi anak soleh?
NABI MUHAMMAD S.A.W ORANGNYA!
Sebut saja, bagaimana hendak menjadi belia yang berwawasan?
NABI MUHAMMAD S.A.W ORANGNYA
Sebut saja, siapa pemimpin paling adil?
NABI MUHAMMAD S.A.W ORANGNYA
Sebut saja, lelaki paling dihormati, romantik,kasih dan melindungi isteri-isterinya?
NABI MUHAMMAD S.A.W ORANGNYA
Sebut saja, bapa yang paling wajar dicontohi?
NABI MUHAMMAD S.A.W ORANGNYA.
Sebut saja, siapa pahlawan paling bijak dan berani di medan perang menegakkan syiar islam?
NABI MUHAMMAD S.A.W ORANGNYA
Jika saya nak menulis lagi, tak terkira hebat peribadi beliau, semulia-mulia insan dimuka bumi ini adalah baginda, dan insan yang paling berpengaruh di dalam sejarah dunia. Seperti yang diakui juga oleh karyawan barat, Nabi Muhammad menduduki carta nombor satu sehingga kini.The 100: A Ranking of the Most Influential Persons in History,Michael H. Hart. Dulu semasa masih muda belia, saya diasuh,dididik dengan sejarah/sirah nabi. kenapa kita perlu belajar sirah? Mudah sahaja jawapannya, agar kita dapat mencontohi pemikiran,keteguhan iman dan cara hidup pejuang islam terdahulu. Lately, setiap kali berdoa kepada Ilahi, tiada ucapan lain yang saya doakan semasa pengakhiran doa, bersyukur kerana dilahirkan islam dan memohon Allah s.w.t tidak melupakan saya akan Rasul teragung. Bila dilanda masalah besar,selalu juga saya bermuhasabah diri, masalah saya hadapi cukup kerdil jika hendak dibandingkan masalah yang dihadapi Rasulullah,seorang anak yatim, berjuang berhabis-habisan untuk menyebar,mengukuh syiar Islam.
Alhamdulilllah, sekarang siaran-siaran tv banyak menyiarkan program bekaitan Islam, tidaklah terlampau banyak hiburan yang kadang-kadang yang akan mengeringkan lagi jiwa seseorang individu. Alhamdulillah juga saya tinggal di Malaysia, dimana Islam masih teguh dianuti oleh semua muslimin, Namun ,setiap kali saya ke luar negara, saya menjadi risau, tambah-tambah jika berkunjung ke negara minoriti Islam, resah sebab LANGSUNG tidak akan mendengar seruan azan, resah kerana dihimpit orang-orang yang bakal mengugat iman kita! Lidah sentiasa bertasbih dan hati sentiasa berzikir mengingati Allah, agar tidak terlintas untuk melakukan perkara yang boleh mengelincirkan hati! Mana lah tahu kan! Manusia, iman setipis bawang!
Dihari yang mulia ini, sebaiknya marilah sama-sama kita mengorbankan masa seminit dua untuk berselawat! Tidak susah, hanya tutur kata dari lidah dan hati. Tanda ingatan kepada pejuangan baginda! Jika tiada baginda,siapalah kita dihari ini?
xoxo
pernah saya cerita kepada ibu, ingin mencari lelaki seperti Rasulullah untuk dijadikan suami
ibu cakap, tiada lelaki dapat menandingi Rasulullah, hatta ayahmu juga. Carilah lelaki yang menjadikan Rasulullah sebagai idol,bukan David Bechkam, Trump atau etc. ^_^v