Powered By Blogger

Friday, February 3, 2012

susun silang kata

salam,hello hai. gud day everyone.

susun silang kata? herm..mesti korang terfikir-fikir memikirkan apa itu susun silang kata, if i says scrabble,kenal tak? Hah kenal kan.


So last night,suddenly i was  berangans2 sesorang dalam bilik,eh bukan berangan i was thinking! berfikir untuk mencari idea, yup,saya selalu macam ni. Itulah cara saya lakukan untuk mencari idea dari kecik,sampai masuk sekolah,sampai masuk uni,sampai...ah cukuplah..kalau banyak, Rasa dah tua gila diri ni kan!hehe


Okay back to the story, last night,i turned i-tune to shuffle mode. So lagi ikut suka hati la pasang, kalau lagu jiwang, tangkap leleh kejap, kalau lagu rock kapak,terkapai-kapai disitu cuba catch up dengan lirik yang rasa taklayak seorang bermuka rempit menyanyikan lagu syahdu. bila tetibe lagu nasyid terus insaf .T_T#malam jumaat layan lagu huhahuha..orang lain baca quran,ko layan lagu.



Masa lagu dok tukar,tukar,tetiba dia mainkan susun silang kata, eh lagu tau.malas nak backspaceT________T #padahal tulis macam ni menyebabkan diriku lagi panjang nak bagi alasan.Ok fine! Oh back on track before ai merapu2 kan, lagu tu mula-mula dengar saya selalu enjoy the music not the song, sebab saya ni bukan jenis orang yang particular sangat tang lagu, dengar music best layan, tak tengok dah maksud lagu, cuma certain lagu je saya teliti. Macam AJL aritu, semua lagu yang bertanding saya study maksud lirik die ngeeeee..Berbaur gigih disitu, haruslah gigih sebab ini bukan main-main, ini melibatkan maruah pencipta lagu yang dianugerahkan oleh Ilahi nikmat untuk berkarya...perghh  ayat tak hengat.




Ok back to the songs, lagu ni not bad la..dia boleh diceritakan mengenai seseorang yang mencari cinta. Korang pernah tengok cerita the bacheloratte tak? Citer zaman dolu-dolu, yang saya ingat Brooke Shield turut belakon. Dia  cerita pasal lelaki ni,  handsome,dahlah handsome  jutawan pulak tur, tapi sayang dia tiada pasangan serasi bersama, maybe sebab dia tak masuk sehati berdansa kot,,,ngeee, lepas tu dia ada buat announcement kat tv sape-sape yang sudi kahwin dengan dia, akan dapat duit lebih kurang macam tu la.  .Punya la this guy cari, macam-macam halangan dia tempuh, last-last rupanya cinta sejati dia adalah rakan baik dia sendri yang selama ni support hidup dia. Macam main susun silang kata, korang dah hank dah ni. tak tahu nak buat perkataan apa nak dapatkan 10markah ni. Kawan-kawan lain semua dah settle part diorang, kita masih cari2 garu kepala, siap tukar 2,3 huruf ngan member masih tak dapat, text mak, tanya nak wat perkataan apa dengan huruf-huruf yang ada,lepas tu, mak xreply text, text pulak kakak-abang-adik, diorang tak reply jugak sebab diorang sibuk ngan keje. Korang rasa nak give up,lepas tu dok susun-susun suka hati, korang dah macam takde harapan nak menang, masa tu la dapat perkataan yang korang tak sangka-sangka akan layak dapat markah kan?  Panjang lebor bebenor explaination ai kan!

So back to the song, macam la bercinta, tak kira la korang bercinta sakan, mencari cinta 100%, tup tap dengan orang ni confident dia akan jadi laki kita, last-last tak bersama jugak kan. Korang dah rasa give up, lepas tu korang wat-wat tak tahu la pulak dengan perihal cinta dalam idup, fokus pada kerja, study or  family.  Then tetiba lepas tu korang jumpa insan yang tak disangka-sangka, mungkin korang tak bercinta n terus kahwin,mungkin korang kapel sekejap n terus kahwin. Pastu gadis/ jejaka tu memang orang you tak sangka-sangka,kalau dipikirkan akal susah nak jumpa, sorang kat  Kedah,sorang kat Johor ,lepas tu  ada pulak ,naik kete, tayar pancit, lepastu ada kete berhenti,ada sorang mamat ni tolong tukarkan tayar, siap hantar ke tempat dituju, lepas tu tukar number phone, calling2 then kapel,  ada jugak yang kawan anak sedara belah sepupu jiran belakang rumah 10 tahun lepas, jumpa kat kenduri, borak-borak rupanya ada bau belacan....ok fine. tu kita namakan jodoh ye kawan-kawan, penat describe. Tak boleh guna  bahasa simple sket ke, ohyer kadang-kadang manusia perlu something yang complicated untuk difahami kan? Sebab kalu simple-simple ni dia tak pikir moral of the story, even orang melayu katakan ikan dilaut,asam didarat, dalam periuk bertemu jua kan.kan..korang akan pikirkan..auh sedapnya asam pedas ikan kembong letak asam banyak2...hehehe..




So, bila tiada pasangan, jangan difikirkan anda seorang loser, kerana mungkin Allah merencanakan perkara yang lebih baik. Bersangka baiklah kepada Maha Pencipta. ^_^v